ROJAK AYAM

DIA TAK MAHU NASI MALAM NI.. TAPI NAK ROJAK..



 Assalamualaikum.. selamat malam semua. Malam ni Ita tak masak nasi. Hubby kata malam ni dia tak nak nasi. Nanti kenyang sangat. Tapi masalahnya bila buat rojak ni..bertambah-tambah lebih dari nasi lak. Boleh ke gitu.. Bukan diet nama nya tu..  Tak mengapa lah..memang dah lama pun dia tak makan rojak ayam ni. Sekali buat, ambik engkau.. berpingan-pingan pulak dia.. 

Kita pulak, bila tengok dia bertambah-tambah tu..bangga lah pulak. Dah kena dengan selera dia, mesti kita happy kan..hihihihi.. tapi penat betul hari ni.. Pagi tadi buat cheese cake, pastu..tak sampai petang lagi dah tinggal separuh, balik Adam tengahari tak cukup lagi.. mak nya buat lah satu lagi cheese cake..hihihi..petang pulak si ayahnya tak nak makan nasi..nak rojak pulak..



ROJAK AYAM

Bahan-bahannya:

1/2 kilo mee kuning 
4 helai daun salad - hiris
1 batang timun - hiris@potong panjang
1 biji cili merah - hiris
3 keping tauhu - goreng dan potong
400 gm ayam - potong dan goreng
3 biji telur - direbus dan belah dua

Bahan kuah :

250 gm kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk
1 1/2 keping gula melaka
1 batang serai - dititik
1 1/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan pekat
2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1/2 senduk minyak masak

Bahan kisar :

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci lengkuas
sedikit belacan
1/2 sudu besar udang kering
7 biji cili kering 

cara-caranya :


  1.  Membuat kuah : panaskan minyak.
  2. masukkan serai dan bahan kisar. kacau rata.
  3. biar sekejap.
  4. masukkan air, biar mendidih.
  5. masukkan garam, gula  dan gula melaka.
  6. masukkan kacang tanah.
  7. biar sekejap hingga kacang tanah empuk.
  8. bila mendidih, masukkan santan.
  9. sesuaikan rasa.
  10. Mee kuning disiram dengan air panas, sejatkan.
  11. Hidang bersama, tauhu goreng, ayam goreng, telur, timun dan daun salad. 
Boleh jugak kalau rajin buat cucur bawang dan potong 4 @ 6 dan hidang bersama rojak ini. Kalau nak tambah sengkuang pun boleh jugak. Ita tak tambah sebab Ita guna mana yang ada dalam peti ais jer. Nak keluar beli bagai.. tak lah. Tunggu lah si dia balik dan dia belikan.., hihihi..


Okey..selamat mencuba ya.. kuah tu.. kalau berbaki boleh disimpan dalam peti sejuk tempat beku.. tahan lama. Ita selalunya simpan., bila ada roti.. panaskan dengan microwave, then cicah lah dengan roti.. sedap..

Bye ..selamat malam dan assalamualaikum..

selamat mencuba...

Comments

Popular Posts