ROTI SARANG LEBAH

SEDAPNYA MEMANG BERBALOI..





Assalamualaikum.. selamat pagi.., semuga pagi ini teman-teman semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Dah breakfast apa ya..? Teo 'O'? Coffee? Milo? @ apa=apa je lah ya.. yang penting semua rezeki yang diberiNya kita hadap dengan penuh rasa syukur kan.. Jangan nak takwil..orang kelantan kata..hehehe..

Ita buat roti ni malam tadi dan butterscoth nya Ita buat pagi ni.. memang buat untuk sarapan pagi ni lah. Kalau nak nak menguli roti pagi ni alamak I kena  bangun kul 4.00 pagi baru sempat anak-anak nak makan..hihihihi..., nama pun dah roti, nak menguli dan memerapnya bukan ambik masa 2-30 minit wei.. berjam-jam.. Jadinya Ita buat malam tadi.., sedang molek pagi ni boleh makan doh..





Resepi ni Ita intai-intai dekat dapur Azlita, pastu tengok dekat dapur Rahel pun ada jugak. Mereka guna resepi Rosmarlina.. 

Ita dah lama nak buat roti ni..tapi..tak dan-dan jer dengan masa.. Ni baru sempat nak buat dan kebetulan bahan-bahannya pun memang dah ada kat rumah, maka tak payah lah Ita keluar cari barang.

Rasa roti ni memang sangat lembut dan sedap bila kena jer dengan sos karamelnya tu.. Tapi Ita tengok dekat dapur Rahel dia letak juga serunding. Teringat roti kat TESCO yang letak serunding macam tu..memang sedap dan anak-anak pun suka. 

Ita nak masak puas-puas ketika anak-anak ada di rumah, nanti bila dua anak gadis tu sambung belajar nanti..Ita tak boleh nak masak-masak bagai dah... takde siapa yang nak makan dah.. Hubby kerja dan Adam ke sekolah .. Dua-duanya balik lewat petang..tinggal Iah Ita keseorangan. Nak minta belikan apa-apa pun payah dah.. Sunyi nye lah hai...

Kawan-kawan tentu nak tahu, resepinya kan? Meh .., Ita tunjukkan.. tapi resepinya Ita copy paste dari Azlita lah ya..

ROTI SARANG LEBAH
Resepi oleh : Rosmarlina
Rujukan : Azlita, Rahel
Bahan-bahannya:

300 gm tepung roti
200 tepung gandum
2 sudu besar susu tepung 
2 sudu besar madu
1 biji telur
250 ml susu segar
6 gm yis
40 gm gula
40 gm butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt

Cara-caranya:

Oleh kerana mesin pengadun roti Ita sudah rosak, terpaksa lah Ita menggunakan kudrat tulang empat kerat ni..

Jadi Ita campurkan semua bahan-bahan tu, dan uli hingga tak lekat pada bekas dan tangan.

Masukkan dalam plastik dan uli-uli anggaran 7 minit gitu. Masukkan dalam bekas semula.

Rehatkan doh selama sejam setengah.

Nasihat Azlita rehat kat dalam almari atau oven yang tak di on kan suisnya. Jadi Ita pun letaklah dalam oven. Awas! tutup tau dengan plastic wrap tu..

Pastu bila dia naik berganda-ganda, Ita tumbuk-tumbukkan bagi dia keluar angin.

pastu timbang setiap satu 40 gm, then bulat-bulatkan dia-masukkan dalam loyang yang disapu dengan mentega.

Rehat 40 minit lagi dan biar ia naik sesuka hati.

Sementara itu sediakan bahan untuk diglis pada roti nanti.

Bahan-bahan Glis

1 biji telur
1 sudu besar susu segar

Bahan untuk tabur:

kuaci putih dan hitam
bijan hitam


Campurkan bahan-bahan glis tu, then sapu pada roti.

Taburkan kuaci dan bijan hitam.

sapu kembali bahan glis tadi supaya ia melekat cantik.

Seterusnya boleh lah di bakar dalam oven selama 20 minit  dengan suhu 170C atau hingga permukaan roti berwarna perang.

Bila masak tu, angkat dan sapu mentega supaya ia berkilat..

Untuk sediakan sos karamel pulak ya.. yang ni.. nak sedia kan masa tengah bakar roti pun boleh..nak membuatnya sangatlah tak lama..

SOS KARAMEL

Bahan-bahannya:

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan krim @ fresh krim
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila
secubit garam

Caranya:

Masak diatas api perlahan hingga gula larut dan pekat.

Bila roti dah masak, keluarkan dari acuan dan letak diatas pinggan hidang.

Curah sos karamel ni..

Pastu nganga mulut elok-elok..dan...emmm..nikmatinya...wow..memang lembut dan sedap..

Okey hingga jumpa lagi.. jangan tak cuba tau.. walaupun ia ambik masa nak membuatnya tapi ia sangat senang nak buat..

Assalamualaikum...





Comments

Popular Posts