Saturday, 10 January 2015

SIAKAP MASAK LADA HITAM

 SIAKAP YANG TAK PERNAH JEMU-JEMU..



Assalamualaikum... selamat petang semua.. apa khabar. Di Kota Bharu ketika ini, mendung jer dari pagi sampai petang. Hujan pagi tadi lebat jugak. Pastu..lepas zohor berhenti sekejap. Matahari seperti malu-malu jer nak tunjuk mukanya. Tak tahu lak malu kat siapa. Kalau dia malu-malu macam ni.. tak kering lah nampaknya pakaian di ampaian. Kena masuk pengering kain. Nampaknya bertambah-tambah lah bil letrik.. hihihi..

Ita nak kongsikan satu resepi keluarga iaitu Siakap Masak Lada Hitam. Dah tiga hari berturut-turut buat hidangan ni. Anak-anak dan suami nampaknya memang sukakannya. Kebetulan hubby beli banyak ikan siakap. Besar-besar pulak tu. Takde yang sedang katanya. Jadi Ita potong dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja untuk sekali hidangan. Biasa Ita masak stim tapi kali ni ubah selera sikit, Ita masakkan lada hitam pulak.


SIAKAP MASAK LADA HITAM

Bahan-bahannya:

1/2 ekor siakap sederhana besar
1 camca teh garam
1 biji bawang besar -potong bulat
1 biji cili merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos cili
1/3 cawan air
1/2 kiub ayam
2 inci halia - hiris
minyak untuk mengoreng

Caranya:


  1. Sapukan garam pada ikan.
  2. Goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak.
  4. Tumis bawang putih dan merah. Kacau, masukkan halia.
  5. Masukkan sos lada hitam dan sos cili.
  6. Masukkan kiub ayam dan air. Kacau rata-rata.
  7. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili merah.
  8. Curahkan ke atas ikan goreng tadi.

Okey.. jumpa lagi...

Assalamualaikum..

Selamat Mencuba