Saturday, 24 January 2015

SPAGETI MEAT BALL BOLOGNESE

ADUHAI.. WESTERN LAGI..


Assalamualaikum.. apa khabar semua.. Harap semuanya dalam keadaan yang baik-baik saja ya.. Tentu ramai yang  bergembira dengan familiy bila hujung minggu macam ni kan. Banyak lah aktiviti yang nak kongsikan bersama keluarga ya tak..? Apa-apa pun, guna lah hari minggu kita sebaik mungkin agar terisi dengan perkara-perkara yang baik ya. Anak-anak harus diberi perhatian setelah seminggu kita berada di pejabat dan tentu masa bersama mereka agak kurang..  Jadi ini lah masanya ya.. kita kembalikan hak mereka sebagai anak..

Ita hari ni masak ala western lagi.. tentu sahaja untuk suami dan anak-anak. Ya.. Ita ni memang tekak kampung.., jadi nak masuk makanan western ni..kureng... Tapi kena buat jugaklah memandangkan makanan ni kegemaran anak-anak dan suami. dan... Ita, tak mahu dikatakan selfish..kan. Biarlah kita dengan budu dan ulam ku...hihihihi.. Memang tak boleh nak tinggal nasi dan ulam ni.., campur pulak budu.. mak datuk.. tak dengar cakap dah...


Okey.., mari Ita kongsikan resepinya..ya.

SPAGETI MEAT BALL BOLOGNESE

A) Kentang bakar:

4 Biji kentang di belah 4
 Dibakar hingga masak

1/2 cawan mayonis
2 sudu besar cheezy wages powder

Caranya:

mayonis digaul sekali dengan serbuk cheezy wages.

Boleh lah di curahkan atas kentang bakar tadi.

Bahan spageti:

1 paket spageti            }
1 sudu besar mentega   }
1/2 sudu kecil garam    }  direbus bersama hingga lembut
1/2 periuk air               }
1 tin cendawan - belah 2
1/2 sudu daun oregano

Bahan untuk kuah:

1 botol prego tradisional
1 biji bawang besar - cincang
2 biji bawang putih - cincang halus
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak
1/2 cawan susu segar

Caranya:

1- panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
2- Masukkan sos prego. Kacau sebati.
3- Masukkan susu cair dan garam.
4- Bila pekat. Angkat. Sesuaikan rasa yaa..


Meat ball:

500 gm daging cincang
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam
3 biji bawang putih - cincang
2 biji bawang merah - cincang
4 biji kentang - direbus lembut dan dilecek
1 tangkai daun sup - cincang
1 biji cili merah- cincang
2 biji telur - pukul mesra - jgn sampai kembang ya..
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Caranya:


  1. Campur semua bahan kecuali telur.
  2. Bulat-bulatkan dan celup dalam telur.
  3. Goreng hingga masak.



Cara hidang:

Letak spageti dalam pinggan, taburlah dengan daun oregano.
Letakkan 3 biji meat ball, cendawan, 1 senduk besar kuahnya dan 3 keping kentang bakar yang di curahkan sos cheezy wages..

Okey.. nanti boleh cuba ya.. bagi yang sukakan spageti baik cuba.. Ita ni setahun sekali pun tak pe.. tekak kita cuma nak nasi jer.. sebab tu tak boleh stay luar negeri... nak nasi goreng, nak nasi ulam dan budu.. mana nak cari kan..hehehe... melalut pulak.. okey lah hingga jumpa lagi lain masa ya..

Assalamualaikum..