SUP AYAM

SUP AYAM UNTUK ADAM..


Assalamualaikum.. selamat pagi.. dah breakfast?? emm..mesti dah breakfast kan. Pagi ni.. nak Ita kongsikan satu resepi ringkas lagi.. sup ayam.  Semenjak Adam berkhatan ni.. menu kami banyak kepada menu berpantang. Kesian kat dia, nak masak menu dan citarasa kita. Takut dia terliur melihat.. mengamuk pulak dia, bila kita makan makanan yang tak boleh dia makan dihadapannya. Jadi, bila nak masak tu.. kena cari hidangan yang sesuai dengannya. Dan kita-kita pun kena ikut jugaklah.. berpantang sama..he.he..

Sup ayam ni.. Ita guna serbuk perencah Adabi. Nampaknya, suami suka menikmatinya. Kadang-kadang tu..hampir setiap hari, semenjak Adam berpantang ni.. Rupa-rupanya yang tak berpantang pun suka jugak sup ni.. cuma kadang-kadang Ita tukarkan ayam kepada daging. Lagi pun nak buat menu yang mengambil masa yang lama agak merugikan masa Ita buat masa ini kerana kami masih lagi dalam mood mengemas rumah selepas banjir. 

Banyak ikhtibar yang kami dapat bila mengalami banjir seperti ini. Barang-barang yang rosak agak banyak juga. Tapi, kami masih lagi mampu bersyukur kerana masih boleh tinggal di rumah ini dan kami tidak kehilangan keluarga dan sanak-saudara. Seperti yang berlaku di Kuala Krai dan Gua Musang mereka hilang rumah dan ahli keluarga. Sangat meyayat hati...

Ya Allah ..! aku bersyukur...


Sup ayam yang ringkas ini Ita gandingkan dengan daging goreng kobis untuk lunch semalam. Mari Ita kongsikan, mana tahu ada yang nak masak sup ayam untuk tengahari ni..

SUP AYAM

Bahan-bahannya:

1/4 ekor ayam - potong kecil-kecil
2 sudu besar rempah sup
1 batang saderi
1 biji tomato - dibelah empat
1 biji cili merah - dihiris
1 biji kentang - potong kecil
2 biji bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
minyak untuk menumis
rempah empat sekawan
1 sudu kecil garam
1/2 kiub pati ayam
1/2 sudu besar gula
1 biji limau nipis - belah
1 pokok daun sup - diracik halus

Bahan kisar:

1 batang saderi
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu mani
800 ml air

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak, masukkan rempah empat sekawan, bawang merah dan bawang putih.
  2. Bila naik bau masukkan bahan kisar.
  3. Masukkan rempah sup. Kacau sebati.
  4. Masukkan ayam.
  5. Bila ayam separuh empuk masukkan kentang.
  6. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan hingga ayam empuk.
  7. Masukkan garam, gula, kiub pati ayam dan sesuaikan rasa.
  8. Akhir sekali masukkan batang saderi dan tomato.
  9. Jangan masak lama bila batang saderi dan tomato di masukkan kerana batang saderi akan jadi lembik @ pohu (bhs kelantan..)
  10. Angkat. Tabur daun sup, bawang goreng dan cili merah.
  11. Perah  limau nipis ketika hendak menghidangnya.



Okey.. boleh cuba ya.. ringkas, cepat dan sedap. Balik kerja pun masih sempat masak untuk dinner ni.. Sup ni..cicah dengan roti pun sedap juga. Kawan-kawan dan adik-adik  boleh juga tukarkan ayam kepada daging dan tulang.

Bye.. Assalamualaikum...

Selamat Mencuba..

Comments