Sunday, 11 January 2015

TAPAI PULUT HITAM

ADA CERITA DI SEBALIK TAPAI....

Assalamualaikum.. apa khabar semua. Tentu kaum ibu adalah yang sibuk hari ni ya. Sesi persekolahan yang sudah bermula menjadikan ibu adalah orang yang paling sibuk. Ita alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Adam telah memulakan persekolahannya semalam. dan hari ini dia ke sekolah seperti biasa. Takde lah kena tunggu pun, sebab dia dah darjah empat. Bila kakaknya menghantar beg ke kelas pun dia tidak suka kerana dia malu dengan kawan-kawannya. Tapi si kakak kasihan kan dia sebab kelasnya berada di tingkat empat. Kakaknya tolong hantarkan begnya ke tempat duduknya. Separuh jalan pun dah dihalau kakaknya.hihihi..malu pada kawan katanya. Kakak pulak buat degil jer., sebab tak sampai hati nak bagi dia bawa beg yang berat ke tingkat empat.

Apapun kita kembali ke cerita dapur kita. Ita sangat mengemari tapai pulut hitam. Sejak dulu, kini dan mungkin selamanya kut! Ada sebab Ita mula buat tapai ni.. ada ceritanya.. sangat menyayat hati.. Tapi dengan kejadian tu lah.., Ita pandai buat tapai..alhamdulillah... So, tiap kali buat tapai ni.., mesti Ita teringat akan kisah sedih tu..

Jom kita semak resepinya.

TAPAI PULUT HITAM

1 kilo beras pulut
1 keping ragi
1/2 cawan pulut hitam
daun getah secukupnya

Cara-caranya:


  1. Pulut direndam semalaman.
  2. Panaskan kukusan.
  3. Rebus pulut hitam hingga separuh masak.
  4. Pulut hitam dicampur dengan pulut biasa dan dikukus hingga masak.
  5. Bila masak, angkat.
  6. Ketika pulut suam, hancurkan ragi dan tabur rata-rata ke atas pulut.
  7. Bungkus pulut dengan daun getah.
  8. Pinkan dengan lidi.
  9. Letak dalam bekas dan tutup.
  10. Bungkus dengan kain.
  11. Simpan selama 3 malam.
  12. Selepas 3 malam, bolehlah tapai kita dirasai..






Okey dah siap tapai kita. jadi kalau rasa nak makan tapai tu.. better buat sendiri. Nak letak pulut hitam lebih ke.. ikut citarasa ya..

Assalamualaikum.. 

selamat mencuba.