Friday, 9 January 2015

TAUGEH HIJAU GORENG BERSAMA TAUHU

TAUGEH HIJAU GORENG BERTAUHU


Assalamualaikum.. apa khabar semua.. lewat Ita updatekan resepi Ita hari ni. Ita sibuk sikit.hihihi.. ya lah weekend. Hubby ada kat rumah. so, Ita memang sembang panjang-panjang ngan dia hari ni. Banyak yang kami nak kongsikan ceritanya. Masak pulak banyak jenis lauk hari ni berbanding biasa. kebetulan takut bahan-bahan lama kat peti sejuk rosak. jadi kami masak lebih sikit. Dah plan mulanya, kami nak ke Kuantan tapi dengar cerita ada banjir sebelum sampai Kuantan, jadi kami terpaksa batalkan appointment kami.

Nampaknya, kena pergi minggu depan.. harap-harap tak banjir. Ubat Ita hampir kehabisan, risau jugak kalau sakit berpanjangan. Hari ni Ita nak kongsikan resepi taugeh hijau yang Ita masak bersama dengan tauhu goreng. Nampaknya, memang sedap dan disukai oleh semua anak-anak Ita. Alhamdulillah.. dah Ita kata, anak-anak Ita memang tak cerewet dengan makanan. Tolak kayu dan batu memang mereka sumbat semuanya..hihihi..


TAUGEH GORENG BERSAMA TAUHU

Bahan-bahannya:

2 cawan taugeh hijau
1/2 biji bawang besar - potong baji
2 ulas bawang putih - hiris
2 ulas bawang merah  - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 keping tauhu - goreng dan potong
1 sudu kecil garam
1/2 kiub pati ikan bilis
4 sudu besar minyak

Cara-caranya :


  1. Panaskan minyak. tumis bawang putih dan bawang merah.
  2. Bila bawang layu, masukkan taugeh hijau. 
  3. Masukkan garam dan kiub pati ikan bilis.
  4. Akhir sekali masukkan cili merah dan bawang besar serta tauhu.
  5. Kacau rata-rata. Sesuaikan  rasa.


Tersangatlah mudahnya nak membuat. Ita kalau satu mangkuk, boleh ratah macam tu jer tanpa nasi.  Nak-nak time mengambang.., memang Ita tak makan nasi. Hanya sayur goreng atau tumis yang menjadi kegemaran Ita. okey, hingga jumpa lagi ya.. bye.

Assalamualaikum...

selamat mencuba