TOK AMAN BALI BEACH RESORT

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KELANTAN..
 Assalamualaikum.. salam sejahtera.. kemarin tak bersiaran. Ita macam ni..lah kalau ada mood..adalah.. kalau mood ke laut tu.. memang duduk diam aje lah. Tak semena-mena.., encik suami mengajak breakfast nasi dagang pagi tu.. Katanya, tempat ni.. umi tak pergi lagi.. nanti abang bawa.. Dalam hati Ita, nak suprise aku ni..hihihihi.. biasanya takde lah nak makan jauh-jauh dia. Bagi dia, kalau sesekali nak beralih angin tu.. dia akan bawa sekitar Kota Bharu jer.. Dia tak suka susah-susahkan diri nak pergi jauh-jauh kalau setakat nak makan pagi..hihihi...

Tapi hari tu..lain pulak. Buang tabiat agaknya. Atau pun nak hiburkan hati Ita yang memang dah rawan. Ita mulai rasa gusar dengan kesihatan diri yang tak menunjukkan peningkatan yang baik. Tertanya-tanya jugak.. sampai bila Allah nak bagi ujian untuk Ita kali ini. Pastu..fikir-fikir balik.. reda aje lah, baru hati kita tenang..

Dok dalam kereta tu.. Ita sabar jer tunggu tengok dia nak bawa kemana. 7.30 pagi dah mintak anak-anak siapkan diri awal-awal. Katanya.. hari ni kita breakfast kat luar. Ooo.. Ita cuti masak hari ni..hihihi..

Keluar pagar rumah tengok dia menghala ke Jalan Bachok. Eh,, Ni tempat nak menuju ke tempat kerja dia ni. Ada tempat makan sedap ke kat situ..

Sampai kat Bachok tu.. Nampak signboard dia menghala ke Besut pulak. Nak ke mana ni sebenarnya..hehehe.. suspense lah pulak.. Rasa dah jauh ni kalau setakat nak makan pagi..huhuhu.. perut pun nak mintak di isi dah ni.. hehehe..





Pastu..berhenti selepas jambatan Tok Bali.. aaaaaa.... kat sini rupanya. Pastu baru dia buka mulut. Kawan dia kata kat sini makan sedap. Nasi dagang Terengganu. Yang beras nya putih semua tu... Kalau nasi dagang Kelantan, beras perang. Emm.. tanpa fikir panjang, Ita pun makan nasi dagang. Wahh.. memamg sedang rupanya. Sedap sangat-sangat. tapi Ita tak ambik gambar kedai dan nasi dagang tu.. malas nak ambik camera dalam kereta.. hihihi..



Lepas makan dia terus masuk kereta.. tak pusing balik..malah pergi ke depan lagi. nak bawa pergi mana ni.. ehh. suspense lagi ni.. aduh.. tengok2.. dia masuk arah signboard ToK Aman Bali Beach Resort. Haaa... biar betul bang!!.. Katanya..apa pulak tak betul? hihihi..



Pastu ajak pulak beratur kat Jeti.. ajak naik bot pulak... hahaha.. suka lah pulak Ita..hehehe.. Sebenarnya ia tak jauh dari Kota Bharu.. dalam 50 km dari Kota Bharu. Tempatnya sangat menarik. Satu malam untuk bilik Deluxe RM400 dan family RM800 tapi sekarang ada offer untuk deluxe RM238 untuk 2 hari 1 malam. Boleh lah untuk release tension hujung minggu. Tak payah nak ambik bilik family.. siang nya tentu kita tak duduk bilik.. sebab banyak aktiviti outdoor yang boleh dibuat. berbasikal kembar ke dengan encik suami. Anak-anak boleh berkayak.. memang seronok. Hilang rasa sakit sekejap..


Ruang legar juga selesa.. tak boleh berjalan jauh-jauh.. duduk jer diam diam kat situ. tengok pemandangan luar dari dalam.. memang cantik..



Depan resort ada pantai.. pantai yang cantik gitu.. ooh.. tenang sangat. Kalau bawa novel..ni.. mahu habis satu biji satu hari dok kat tepi pokok ni.. berangin sejuk.. alahai.. melayang sekejap ingatan..



Ruang depan yang sangat menarik..



 Bila jalan-jalan macam ni hubby kata bagi exercise kaki Ita yang lama tak guna ni.. sebab mengharapkan tongkat bila berjalan jauh-jauh.. emm ya ker..
Bila cakap ngan dia.. dah tak larat.. sakit dah betis Ita.. Lalu dia bawa ke tempat ni.. aaaa   SPA... wow.. seronok nya.. harganya tak lah mahal sangat.. biasa-biasa ajer.. RM100 pastu ada diskaun lagi 15%. mak aii.. best nyer.. 


Tak perlu nak risau nak tinggalkan anak-anak kalau nak ke spa sbb anak-anak kita boleh halau pergi mandi kolam. emm.. budak2 kalau dah nampak kolam, tunggu maknya panggillah baru nak naik..huhuhu..



Kalau anak-anak yang besar tu.. kalau tak mahu mandi kolam boleh pergi ke tempat lain.. taman bungga ke.. taman buah markisa ke.. atau boleh berkayak atau pergi ke gym..






oo memang mengembirakan.. sekali.. sungguh happy dengan surprise hubby. For him.... thank a lot...

Comments