Wednesday, 28 January 2015

TUMIS AIR PETOLA

ITA MASAK RINGKAS-RINGKAS JER..


Assalamualaikum.., apa khabar? Harap semuanya baik-baik belaka ya. Sebenarnya malam tadi Ita tak sempat nak mengupdatekan resepi Tumis Air Petola ni.. Kalau di Kelantan, petola ni di panggil tene.. hehehe.. hari tu puas Ita tanya encik google nama sayur ni. Alih-alih bila taip je petola, keluar gambar sayur ni.. ooo..rupa-rupanya..nama sayur ni petola jugak. Kalau di Keantan Petola tu adalah petola ular tu yang licin dan panjang dan ada jalur-jalur putih tu. Yang itu pun sedap jugak kalau masak lemak atau tumis air macam ni dan letak pulak ikan bilis.. aduhs.. memang sedap sangat. 


Bagi Ita.., orang kampung memanglah suka sangat kalau dapat makan masakan yang macam ni.. tekak orang kampung katakan. Kena pulak ada budu.. lagi lah tak pandang kiri kanan. Kalau makan kat kedai pun cam tu jugak. Nak jugak ada lauk pauk yang macam ni. Budu dan ulam jugak yang di capaikan dulu. Nak kata macam mana, memang dah diasuhkan dengan makanan yang macam ni.., maka sampai ke tua lah tak boleh nak tinggalkan menu ni..hihihi..

Jom Ita kongsikan resepinya ya.. ringkas sangat. Balik kerja pun boleh masak. Senang dan cepat nak menyiapkannya.

TUMIS AIR PETOLA

Bahan-bahannya:

1 batang petola - cuci dan potong
1 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar - potong bulat
1 cawan bungga lily kering - yg diasin kan
3 keping kobis - di potong
1 liter air
1 sudu kecil garam
1/2 kiub pati ikan bilis

Bahan kisar:

2 biji bawang merah
1 sudu besar lada hitam
1/3 cawan ikan bilis

Cara-caranya:

  1. Masukkan air dan bahan kisar ke dalam periuk.
  2. Masak hingga mendidih.
  3. Bila mendidih masukkan petola, kobis dan bungga lili.
  4. Masukkan pati ikan bilis dan garam. Sesuaikan rasa.
  5. Masukkan cili merah dan bawang besar.
  6. Siap untuk dihidang.


Kalau nak sedap, gandingannya adalah telur goreng dadar. aduhs! memang lazat.

Okey hingga jumpa lagi di lain masa. Insyaallah Ita akan kongsikan jika ada kelapangan. 

Selamat mencuba..

Assalamualaikum..