AGAR AGAR CENDOL

PUDING LAGI ... MANIS-MANIS LEMAK..

Assalamualaikum... apa khabar.. selamat pagi semua. Awal Ita mengupdate blog hari ni ya. Tentu ramai yang dah ke dapur untuk menyiapkan hidangan tengahari untuk anak-anak yang akan pulang dari sekolah kan. Apa menu nya ya.. Namun desert selepas lunch nak kena sediakan jugak. Sejuk sikit tekak kalau ada desert. Tentu kali ini Ita akan cadangkan puding. Puding Ita kali ini tetap yang simple-simple ajer.. bukan apa..senang nak buat dan senang pulak habis..hehehehe..

Puding Cendol.. ya puding yang sangat sedap, lemak manis dan lebih sempoi. Teringat Ita pada anak bongsu Ita, Adam. Adam sukakan cendol. Ita mulanya pelik sebab, Ita boleh dikatakan jarang nak beli cendol mendol ni.. ya lah.. makanan orang tua pada Ita. Tapi setelah mengetahui Adam sukakan cendol, selalu jugaklah beli bila ke pasar tu. Ita tanya Adam, macam mana Adam kenal cendol. Katanya, cikgu selalu beli cendol dan share dengan Adam. hehehehe.. nak ketawa pulak Ita mendengar ceritanya. Cikgu nya cuma campur cendol dengan susu pekat manis jer.. Baik betul cikgu Adam ni.. terima kasih cikgu memperkenalkan Adam dengan cendol. Maknya terlepas pandang.. 


 Jom Ita kongsikan resepinya.

AGAR AGAR CENDOL

8 gm agar-agar serbuk
3 senduk kecil gula
2 keping gula melaka
1 helai daun pandan
1/2 cawan santan pekat
500 ml air
1 1/2 cawan cendol

Cara-caranya:


  1. Masak agar-agar bersama air, gula, gula melaka dan daun pandan.
  2. Bila mendidih, angkat dan tapiskan. Masuk semula ke dalam periuk.
  3. Masukkan santan dan cendol, biar sekejap.
  4. Masukkan ke dalam acuan.
  5. Sejukkan.


Okey.. dah siap. Ini lah hasilnya. Sedap.. rasa macam minum air cendol gitu.. tak lama pun..sekejap jer habis. Lagi laju daripada chipsmore..hehehe..

Hingga jumpa lagi..

Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts