AIR JAGUNG

ENAK DI HIDANG DIWAKTU CUACA PANAS TERIK..


 Assalamualaikum.. semuga semuanya baik-baik belaka ya.

Ita nak kongsikan menu air hidangan tengahari tadi dengan kawan-kawan semua. Resepi tersangat mudah tapi sedap. Boleh juga untuk adik-adik yang baru nak belajar nak masuk ke dapur..hehehe..

Tak caya...?? Tak rugi kalau cuba ya...

Semenjak dua menjak ni, Ita terasa nak minum air berperisa jer.. jadi bila dah minum tu.. terkurang lah air kosong dalam badan. Tapi Ita, tetap beringat.. hanya segelas air berperisa sahaja untuk sehari, then.. 7 gelas lagi tu.. semestinya air kosong. Lebih baik mencegah daripada mengubati.. Ita ingat sangat kata-kata tu..

Walaupun Allah memberi peluang kepada kita berkali-kali untuk menikmati pemberian Nya, namun janganlah kita berlebih-lebihan ya.. Bersederhanalah dalam segala hal..

Jom!! Ita kongsikan resepinya ya.



AIR JAGUNG CINCAU

Bahan-bahannya:
 
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar perisa jagung
50 gm cincau – disagat
½ gelas air
½ gelas ais
 
Cara-caranya:
 
  Air dicampur bersama susu pekat dan perisa jagung.

 Masukkan kedalam gelas. Masukkan cincau.

    Masukkan ais.

     Hidangkan.



Okey lah.., boleh lah mencubanya ya.. sedap.


Assalamualaikum... selamat mencuba ya..

Comments

Popular Posts