Tuesday, 3 February 2015

APAM SUSU

LEMBUT DAN SEDAP..


Assalamualaikum... apa khabar semua. Ita tak berapa nak  sihat sehari dua ni. Dan nak mengupdate blog pun menjadi malas. Memang kalau dah kena penyakit malas ni memang tak ada ubat lah. Tunggulah hingga penyakit ni hilang sendiri. Just dok baca blog-blog orang jer..lah. Bila tengok blog tu ramai pulak yang membuat apam susu ni. Dah menjadi viral pulak.. Kita pun nak jugak lah. 

Lantas masuk ke dapur, mula lah nak mengecek bahan-bahan. Bahannya biasa-biasa  aje.. tu yang rasa nak membuat tu. 

Emm.. apa lagi bermula lah episod pengembaraan Ita dengan apam susu ni.. hihihihi.. Boleh lah buat juadah minum petang untuk encik suami tersayang petang nanti..

APAM SUSU

2 cawan gandum
4 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 1/2 cawan gula
1  1/2 sudu besar ovallete
4 biji telur
6 susu pekat manis
4 sudu minyak jagung
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil pandan paste
1 sudu kecil pes jagung
beberapa titik pewarna hijau
beberapa  titk pewarna kuning

cara-caranya:


  1. Panaskan kukusan.
  2. Sediakan acuan. Sapu minyak jagung pada acuan.
  3. Ayak gandum dan baking powder. Ketepikan.
  4. Putar telur, gula, ovalette dan esen vanila hingga kembang dan bertukar warna kepada putih.
  5. Masukkan susu pekat. Putar lagi hingga sebati.
  6. Masukkan pulak minyak jagung dan putar sebati.
  7. Masukkan gandum sedikit demi sedikit sambil kaup dan balik  hingga rata.
  8. Bahagikan kepada 2 bahagian.
  9. Warnakan hijau dan masukkan pandan paste.
  10. Satu bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning dan perisa jagung.
  11. Curah dalam acuan secara berselang seli.
  12. Kukus selama satu jam.
  13. Tudung kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya air tidak menitik diatas apam nanti.
  14. Bila masak boleh dibuang terus dari acuan dan tunggu sejuk dan bolehlah dipotong.

Memang sedap untuk hidangan petang bersama nescafe tarik atau teh O. Masyaallah..sedap sangat. Suami pulang dari kerja terus boleh hidang.. emm.. dapat pahala lagi..meyenangkan hati suami..

Okey hingga jumpa lagi. Masaklah dengan ikhlas. In sha Allah.., air tangan kita akan membawa keberkatan dalam rumah tangga.

Assalamualaikum..