ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI

MENU TENGAHARI UNTUK SEISI KELUARGA..


 Assalamualaikum... Harap semuanya dalam keadaan yang sihat ya.. dah minum petang? Tentu dah kan. Bagi yang suka ke kedai kopi tu.. tentu dah pekena roti canai kan. Ouwh! Dah lama Ita tak pekena roti canai.. rindu lak rasanya. Dulu..dulu...dulu.. rajin sangat ke kedai roti canai, mana lah taknya.. bila anak-anak juga turut mengemari roti canai, dan hanya kedai yang sama jugak setiap minggu yang kami ziarahi..heheheh...

Tapi hari ni.. bukan Ita nak bercerita tentang kisah roti canai, tetapi nak kongsikan resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri. tapi bukan Asam Pedas untuk dia tau.. tapi untuk anak-anak sekali.. hahaha.. Anak sulung Ita suka sangat dengan asam pedas. Walau ada makanan lain seperti mehun goreng.., sah-sah dia tak hadap.., nak jugak asam pedas. Pernah dia menangis nak balik rumah semasa tinggal di asrama.. katanya rindu nak makan asam pedas umi. Umi nya.., apalagi kembang kuncup dalam jiwa bila asam pedasnya menjadi idaman anak-anak..hihihi..
So, hari ni nak lah Ita kongsikan dengan anda semua tentang rahsia Ita yang satu ini.. Sebenarnya air tangan kita ni tersangat berbeza antara satu sama lain. Walau namanya asam pedas tapi tetap rasanya tak sama. Tak percaya.. cuba kawan-kawan buat asam pedas selalu, pastu bagi anak atau suami rasa kat tempat lain. Mesti mereka akan dapat membezakan asam kita dengan asam pedas orang lain walaupun rasanya dua-dua tetap sedap.

Jom lah Ita kongsikan resepinya ya:

ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI

Bahan-bahannya:

3 keping ikan tenggiri
2 batang serai - dititik
4 biji kacang bendi
1 kuntum bunga kantan - dibelah 4
10 tangkai daun kesum
4 cawan air 

Bahan Kisar:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
4 cm lengkuas 
3 cm kunyit
6 biji cili kering (ikut selera ya..) jika..suka pedas lebihkan cili
sedikit belacan

Bahan Tumis:
3 biji bawang merah-dihiris
2 ulas bawang  putih-dihiris
1/2 camca teh halba
1/3 camca teh jintan putih
1/3 camca teh jintan manis
1 camca teh gula
garam secukupnya 
sedikit halia
Minyak untuk menumis 

Cara-caranya:


1.     Panaskan minyak, tumis bahan-bahan menumis hingga naik bau.
2.     Masukkan bahan kisar dan serai.
3.     Kacau perlahan-lahan.., biar bahan tumis tadi masak.
4.     Masukkan air, daun kesum,kacang bendi dan bunga kantan.
5.     Bila mendidih, masukkan ikan.
6.     Perlahankan api. Tunggu hingga ikan masak.

emm.. dah siap asam pedas kita. Ita gandingkan dengan nasi puteri kegemaran anak-anak.. Ita. Emm.. kawan-kawan boleh mencubanya, sebab asam pedas ini tentu nya tak mengecewakan kawan-kawan nanti..

Okey sehingga jumpa lagi dilain waktu..In Sha Allah..

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts