ASPARAGUS BERSAMA SOS TIRAM

SEDAP NYA ASPARAGUS..


Assalamualaikum.. selamat malam. Dah makan ke belum ni.. makan malam jangan terlalu lewat ya.. nanti berat badan meningkat. Se elok nya jam 7.00 adalah amat sesuai untuk makan malam. Nanti jam 10.00 malam boleh lah minum segelas susu sebelum tidur. Sesetengah orang minum secawan nescafe dan sekeping kuih atau biskut sebelum tidur. Ita?? Kadang-kadang jer.. biasa nya Ita tak makan pun waktu tu.. cuma segelas susu sahaja sebelum tidur.

Malam  ni Ita nak kongsikan satu resepi sayur hidangan makan malam kami. Ita gandingkan ia dengan ayam kampung goreng rempah. Resepi ayam kampung goreng rempah tak Ita sertakan disini kerana Ita pernah kongsikan sebelum ni. Jadi Ita akan sertakan resepi asparagus goreng  sahaja ya.

Sebenarnya, asparagus memang sedap dan boleh diolahkan dengan pelbagai cara hidangannya. Kadang-kadang tu Ita masak bersama lala dan letak sos lada hitam. Rasa rangup dan kesedapannya memang tak dapat dinafikan lagi. Harganya pun boleh tahan jugak. Sebab tu kalau ke Cameron Highland, Ita memang tak lupa beli asparagus. 

Mari Ita kongsikan resepinya ya..

ASPARGUS MASAK LADA HITAM

1 Ikat asparagus
10 ekor udang yang sederhana besar
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar - potong bulat
 biji cili padi - di ketuk
1 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan udang. Goreng hingga separuh masak.
  3. Masukkan asparagus, garam, kiub pati ayam dan gula.
  4. Kacau rata-rata.
  5. Masukkan sos tiram, cili padi dan bawang besar.
  6. Sesuaikan rasa.


Ita hidangkan bersama ayam kampung goreng berempah. emm..sedap sangat. Kena pulak dengan ulam dan budu..aduhs!! memang best sangat. Ita amat mengemari ayam kampung goreng rempah. Sebab Ita tak makan ayam bandar.. hehehe...


Okey..sehingga ketemu lagi.. In Sha Allah.. Ita akan kongsikan lagi jika ada kelapangan dan izin Nya. 

Assalamualaikum..

Selamat Mencuba..

Comments

Popular Posts