AYAM PERCIK

AYAM PERCIK LAGI... UNTUK ANAK-ANAK..

Assalamualaikum... semuga semuanya dalam lindungan Allah snt.. Tengahari ini Ita masak ringkas-ringkas lagi.. dah terbiasa berada di dapur dalam tempuh yang singkat. Maka, walaupun mempunyai banyak masa sekarang untuk berada di dapur, Ita tetap memilih untuk memasak yang ringkas-ringkas ajer.. Banyak perkara lain yang boleh kita isikan selain memasak sepanjang masa. 

Boleh semak-semak buku-buku yang lama tak baca. Mahu juga penuhi minda dengan ilmu-ilmu lain selain masakan. Tak mahu obses dengan satu-satu bahagian sahaja. Selain memasak, Ita suka membaca novel.. beratus novel yang Ita miliki tetapi Ita tidak pulak membacanya dengan mengabaikan tugas hakiki..hehehe.. Nak kena lah kalau buat macam tu..

Tapi akhir-akhir ini Ita lebih suka kepada buku-buku keagamaan, membaca kitab berulangkali.. rupanya banyak lagi yang kita tak tahu. semakin Ita membaca.., semakin terasa diri kekurangan ilmu, semakin takut untuk menghadapi sakaratul maut. Ya.. takut dengan amalan yang tak seberapa. Semakin berfikir untuk berkata-kata, bimbang memberi kesan dosa pulak. Dan semakin banyak rasanya berfikir berbanding sebelum ini.

Panjang pulak renungan Ita kali ini ya.. Faktor usia agaknya.. seperti kata Prof Dr Muhaya.. bila usia telah menjangkau 50,60,70... kita akan mahu melakukan kebaikan sahaja.. memikirkan untuk membuat amalan dan perkara-perkara yang baik-baik. Tapi Ita tak sampai lagi angka 50... hahaha.. takpe lah insaf awal sikit.. semuga amalan yang dilakukan berpanjangan..

Jom Ita kongsikan resepi Ita kali ini ya..

AYAM PERCIK
Bahan-bahannya:
¼ ekor ayam – potong 2
3 sudu minyak
1/2 keping gula melaka
1 sudu gula
1 sudu garam
1/2 cawan santan
1/2 cawan air
1 batang serai-diketuk
2 sudu besar air asam jawa
2 helai daun pandan - disimpul
2 helai daun limau purut

Bahan Kisar:

2 batang serai dipotong-potong
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
10 keping cili kering-dipotong2 dan rendam air panas
1 biji buah keras - diketuk
1 sudu kecil jintan putih
1 inci halia
1 inci lengkuas

Caranya:

1.     Panaskan minyak.
2.     Masukkan bahan-bahan kisar.
3.     Tunggu hingga bahan-bahan kisar tu masak lebih kurang 2-3 minti.
4.     Masukkan ayam. Perlahankan api, tunggu hingga ayam separuh masak.
5.     Masukkan santan, serai, air, daun limau purut, daun pandan, garam, air asam jawa dan gula serta gula melaka. Kacau.
6.     Bila dah masak angkat ayam.
8.       Masak hingga kuahnya pekat. Kemudian bakar/panggang selama 10 minit dan curahkan sedikit kuahnya semasa membakar.
Ini lah resepi ayam percik ringkas dan cepat. Kalau nak sedap lagi kena bakar di atas arang, aa.. yang tu memang sedap giler..  macam mak-mak kita buat dulu tu..

Okey hingga jumpa lagi ... dan selamat mencuba..

Comments