BLUEBERRY ICE BLENDED

AIS BLENDED YANG SEDAP..


Assalamualaikum.. semuga semua sihat ya. Hari ni memang panas sangat. Tentu air ais yang dicarikan. Sejukkan badan yang panas ya. Ita nak kongsikan resepi ais kisar yang simple sangat ni. Orang bujang pun boleh buat. Mudah.. dengarlah cakap akak ni dik!! hehehe..


Tetiba jer rasa nak minum blueberry bersama-sama anak-anak. Hari-hari cuti macam ni amat menyeronokkan bila anak-anak dan suami berkumpul bersama. Ita jadi lebih teruja untuk memasak menu yang lebih special sebagai penghargaan buat anak-anak ketika berkumpul.

Bila tiba hujung minggu begini Ita akan mengambil kesempatan untuk mengajar anak perempuan Ita memasak menu-menu yang lebih rumit berbanding dengan hari biasa, Ita akan menghidangkan menu yang ringkas-ringkas sahaja kerana kesuntukan masa.

Jom Ita kongsikan resepinya ya..

BLUEBERRY ICE BLENDED

Bahan-bahannya:
50 gm serbuk blueberry
270 gm ais
80 gm air
6 biji buah blue berry
½ biji lemon
½ biji pisang
 
Cara-caranya:
 
1    Kisar semua bahan di atas kecuali lemon.
2.   Masukkan ke dalam gelas.
3.   Perah lemon diatasnya.
4.   Hidangkan.


  Okey.. sehingga jumpa lagi dan selamat mencuba. Jangan lupa, selalu lah hidangkan yang terbaik dari air tangan kita untuk keluarga ya..

 Assalamualaikum..



 

Comments