BUBUR LAMBUK

TAK SEDAP BADAN LAH PULAK.. DAH HILANG SELERA...


Assalamualaikum.. alahai.. tak sedap badan. Tak mahu cakap dengan encik suami.. dia dah warning awal-awal suruh banyak rehat. Jangan buat kerja-kerja berat dan jangan nak mis tidur.. aduhai.. Ita tak boleh nak paksakan diri untuk tidur sebenarnya sebab Ita memang tak boleh nak tidur. Jadi lah waktu tidur Ita setiap hari cuma beberapa jam ajer.. Pukul 4.00 pagi memang automatik mata ni celik.. nak buat macam mana. Pastu tengahari, langsung tak tidur.. Keadaan ni memang dah lama. Tapi yang teramat peliknya Ita tak pulak rasa pening mahupun mengantuk di siang hari. 

Ita jadi tak kesah pun sebab Ita tak pening.. dan dua tiga hari ni..Ita cuma rasa penat dah letih ajer. Bila rasa macam ni mula lah nak makan macam-macam.. aduhai.. layan jer la selera kita. Bukan kita susahkan orang pun.. Hmm nak tahu apa yang Ita nak makan..saat dan ketika ini. Bubur lambuk..hehehehe...

Maka dengan rayuan mengodanya.. Ita minta hubby carikan pucuk midin.. entah apa nama sebenar pucuk pokok ni kat dalam kamus dewan bahasa. Janji hubby dah dapatkannya, maka terlaksanalah bubur lambuk idaman Ita. Nak kongsi tak??

Pertama kali Ita melihat bubur lambuk ni pada tahun 1992. Ingat?? ^-^ Memang ingat, sebab masa tu.. Ita tinggal di Kemaman. Ita tinggal di rumah sewa masa tu. Tuan rumah meminta cucunya menghantar bubur lambuk yang dibuatnya untuk Ita. Ita tak dapat nak makan masa tu sebab nampak macam muntah jer..ya Allah teruknya. Hubby pun sama. Mak kami tak pernah buat!! tau.. Tapi bila dah berbelas tahun tinggal kat sana kami jadi dah terbiasa dan elok jer dapat menelannya. Malah menjadi kesukaan anak sulung kami pulak, kak long!

BUBUR LAMBUK CHE TA

4 sudu besar minyak
2 ikat pucuk midin 
400 gm ayam - rebus dan siat-siat isinya
1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar rempah sup
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil halba
1 kotak santan
2 cawan beras - cuci dan toskan
2.5 liter air
1 sudu besar garam kasar
2 ekor ikan selayang - bakar dan tumbuk lumat

Bahan Kisar:

1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
3 sudu besar udang kering
1 sudu besar lada hitam

Cara-caranya:


  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar.
  2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan halba.
  3. Masukkan air dan beras.
  4. Masukkan ayam, garam, kiub pati ayam, dan rempah sup.
  5. Perlahankan api dan biarkan merenih hingga nasi menjadi hancur atau lembik.
  6. Bila nasi telah hancur dan pekat, masukkan santan dan pucuk midin. Kacau perlahan hingga sebati.
  7. Masukkan ikan yang telah ditumbuk. Kacau. 
  8. Sesuaikan rasa.
  9. Tambah air panas jika bubur terlalu pekat.

Okey.. aaa.. memang sedap bubur lambuk versi Ita ni. Ita lebih suka mengolahkan mengikut citarasa kami sekeluarga. Alhamdulillah.., anak-anak dan suami sangat sukakannya.

Selamat mencuba.

Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts