CUP CAKE VANILA

CUP CAKES UNTUK DIA...


Assalamualaikum.. apa khabar.. semuga semuanya sihat-sihat ya. Kemana cuti panjang ni.. jalan-jalan cari makan? emm.. pada yang hujung minggunya hari ahad.. cuti nya lebih panjang kan. Bagi kami di Kelantan ni.. bermula khamis dan berakhir sabtu.. Tapi masih lagi boleh nak keluar untuk ambil angin seperti ke Cameron Highland atau Bukit Fraser. Kerana itu lah tempat yang dekat dengan Kelantan. Kalau nak keluar Malaysia sikit boleh pergi ke Narathiwat, Thailand. Makan-makan kat sana. Atau kalau nak naik bot boleh ke Pulau Perhentian. Apa-apa pun  gunalah sebaik mungkin percutian ini. Bergembira bersama keluarga adalah suatu memori indah yang akan kita tinggalkan nanti buat orang-orang yang kita sayangi. Hargai lah mereka ketika kita masih berpeluang bersama mereka. Semuga ketiadaan kita di rindui dan kewujudan kita di sukai.

Hari ini Ita nak kongsikan cup cake yang simple, yang biasa Ita hadiahkan untuk bertandang ke rumah sanak saudara terutamanya yang mempunyai anak-anak kecil yang gemarkan cup cakes. Ita ramai saudara mara, jadi bila bertandang tu, Ita suka bawa buah tangan dari air tangan Ita sendiri. Bagi yang tak mempunyai anak kecil, Ita lebih suka bawa kuih muih seperti cream puff atau kek yang simple-simple seperti butter kek atau pun kek pisang.


Jom lah Ita share kan resepi nya..


CUP CAKE VANILA

500 gm mentega (2 ketul buttercup)
500 gm gula halus
2 sudu kecil garam
10 biji telur
2 sudu teh esen vanila
500 gm tepung gandum
2 sudu kecil baking powder

cara-caranya:

  1. Mentega, gula halus dan garam dipukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar hingga kembang.
  3. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit. Putar  lagi hingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20 minit dengan suhu 160C.
  5. Bila masak. sejukkan sebelum di hias dengan aising.
Butter cream:

900 gm krimwell
1 tin susu pekat.

cara-caranya:

putar krim well bersam susu hingga kembang dan warnakan mengikut citarasa dan hiaskan.

Okey, senang sekali. Ita buat adunan ini.. mendapat 100 biji cupcake pelbagai hiasan.

Selamat Mencuba.

Assalamualaikum...





Comments

Popular Posts