DAGING GORENG ASPARAGUS

ASPARAGUS LAGI.. TAK JEMU-JEMU..



Assalamualaikum.. apa khabar semua.. harap semuanya dalam lindungan Allah snt. Tentu ramai yang sedang rehat-rehat ni.. hujung-hujung minggu macam ni.., ni lah masanya kan..nak bersantai-santai ngan suami dan anak-anak.. Apa menu kawan-kawan hari ini? Ke tak masak? Makan kedai? Jalan-jalan cari makan? Apa pun buatlah sesuatu yang mengembirakan hati kita supaya ketenangan sentiasa merajai hati dan fikiran kita.

Ita tak jemu lagi dengan asparagus. Kebetulan asparagus masak bersama udang tempohari masih berbaki..lalu Ita cuba habiskan hari ni.. dengan resepi mencampak caplung ke dalam kuali. Dan hasilnya.. sungguh ajaib!! Sedap menjilat jari rupanya. Mak, aku masuk bakul lah pulak!!.. takpe.. tak berat mana pun.. tapi bakul bocor... Malu sendiri..hehehehe...


Hubby pulak macam tahu jer.. kalau ada ayam jer kat peti sejuk.. sah-sah Ita kurang selera makan. Ita memang tak berapa laju makan nasi kalau cuma ayam. Lainlah kalau ayam kampung.. memang beli sekor, goreng..pun boleh makan seorang diri. Hehehe.. itu ayam yang kecil jer lah.. kalau yang besar memang confirm tak habislah, kena cari joint venture lah jawabnya..

Sesetengah orang yang sukakan ayam boleh lah buat cara Ita ni. Tukar kan daging dengan ayam..

Namun selera kita haruslah diutamakan. sebab itu Ita suka buat sendiri kerana ia dapat memenuhi selera Ita. Makan di luar tu cuma kadang kala sahaja untuk beralih angin. Ita tak pernah menjadikan alasan penat balik dari kerja sebagai malas atau letih untuk memasak. Kalu penat sekali pun, Ita akan masak yang ringkas-ringkas.. asalkan dapat kami makan di rumah seisi keluarga. Dan sebab itu, pada hari minggu Ita akan penuhi masa kosong dengan mengupas bawang, mengisar cili kering untuk bekalan seminggu. Nanti bila nak masak, senang untuk Ita menggunakannya.

Jom Ita kongsikan resepinya.

DAGING GORENG ASPARAGUS

400 gm daging - hiris kecil
1 biji bawang besar - potong baji
2 ulas bawang putih - hiris
2 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
2 biji cili kering - hiris halus
10 batang asparagus - potong panjang
2 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu kecil garam
1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar air
4 sudu minyak masak

Cara-cara:

  1. Daging yang dicuci, dimasukkan ke dalam kuali. Guna api perlahan dan tutup kuali. Biar hingga daging empuk.
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
  3. Bila layu, masukkan daging. Masukkan kicap, sos tiram, garam, gula dan kiub ayam. Kacau rata.
  4. Masukkan air dan asparagus.Kacau. Masukkan bawang besar dan cili kering.  Kacau.
  5. Sesuaikan rasa. Angkat.
  6. Hidang bersama nasi putih.


Okey, dah siap.. mudahkan.. itu lah.. Ita ni tak main lah kalau yang payah-payah. Kita masak ringkas-ringkas jer..hihihi..

Nanti kita jumpa lagi dilain waktu. Selamat mencuba ya..

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts