LOKANG PANGGANG BERSAMA LADA HITAM

LOKANG PANGGANG YANG SEDAP..


 Assalamualaikum.. selamat petang dan apa khabar ya. Emm.. Ita macam ni lah..adakala rasa boring pun ada jugak. Kadang tu rasa rak sabar nak kembali bertugas. Rindu dengan kesibukan seharian dan rindu pada teman-teman seperjuangan. Kadang tu pulak.. rasa hambar jer.. walaupun memasak adalah hobi Ita, terkadang tu rasa tak tahu nak buat apa setelah habis waktu memasak.

Kalau dulu kalau ada masa terluang Ita boleh buat benda lain seperti mengait benang untuk alas meja ke., menjahit langsir ke atau menjahit baju kurung untuk diri sendiri. Tapi takkan nak jahit langsir tiap-tiap bulan, takkan nak jahit baju tiap-tiap hari... baju yang sedia ada memang dah banyak sangat. Sampai Ita  pun naik pening nak menyimpannya. Tiap-tiap bulan mesti nak jahit baju  kadang-kadang tu sampai 5 pasang sebulan..!  punya lah teruk zaman tu.. Ita sendiri pun sedih bila mengenangkan kembali.., betapa boros nya Ita diwaktu itu.




Alhamdulillah.. Ita cepat sedar dengan hidayahnya.. Ita memang suka berterampilan menarik walaupun Ita tak menarik..hehehehe.. dan sekarang.. baju dah banyak. Sudahnya, ia menjadi lambakan pulak. Bila tak kerja macam ni..lagi lah rasa membazir sangat. Sebab tu.. Ita selalu menasihati anak-anak Ita agar berjimat cermat dengan rezeki yang dikurniakan Allah s.n.t. Berbelanjalah dengan berpada-pada. Walaupun kita mampu adalah lebih baik kalau kita amalkan sikap menyimpan.


Eeei.. panjang pulak rasanya cerita Ita.. emm.. marilah Ita kongsikan apa yang Ita masak hari ni. Ita masak ringkas-ringkas ajer hari ini kerana Ita mengemas rumah dan mencuci barang-barang mana yang kotor. Sisa-sisa banjir masih lagi belum Ita siap kemas sepenuhnya. Tu yang menjadikan Ita rasa letih sikit akhir-akhir ini. Masih tak habis-habis lagi dengan cerita banjir ni.. Memang panjang alkisahnya. Nak mengemas dengan bersungguh-singguh memang tak larat. Itu pun mengharapkan si anak perempuan yang banyak menolong.

Sebenarnya Ita ada beli Lokang semasa pergi ke Tok Bali tempohari. Memang Ita beli banyak. Dan Lokang ni memang boleh simpan tapi tidaklah terlalu lama. Hari ni Ita masak dan cecah dengan sos lada hitam memang sedap.

Ita menggunakkan pemanggang ajaib. Caranya: Ita cuma basuh bersih-bersih Lokang tu dan aturkan di atas pemanggang ajaib dan tutup. Jangan panggang terlalu lama kerana akan menyebabkan isinya jadi kecut. Cukup sekadar kulitnya terbuka luas ajer. Pastu letakkan hirisan cili dan daun bawang serta curahkan sos lada hitam diatasnya. Lalu terus boleh dimakan. Memang sedap. Dan Ita seorang boleh menghabiskan kesemuanya 4 kilo Lokang. Makkk!!! teruknya Ita... heheheheh...

Rasa tak sabar nak mintak hubby pergi pada Jumaat ni sebab nak beli lagi Lokang ni. Kali ni Ita nak masak paprik pulak. Harap-harap encik suami pergi.  Nantilah, Ita nak buat muka merayu sikit..hehehe..

Okey.. itu saja  perkongsian Ita untuk hari ini. Semuga ada masa, ruang dan di izinkan Allah s.n.t, In Sha Allah.. Ita akan kongsikan lagi ya..

Assalamualaikum..

Selamat Mencuba 



Comments

Popular Posts