MEE GORENG MAMAT

MEE GORENG UNTUK DIA..


Assalamualaikum.., salam sejahtera untuk semua. terima kasih kerana masih sudi menjenguk dapur Ita kali ini ya.. Pagi ni.. Ita seorang jer.. tak berteman. Hubby awal-awal lagi dah keluar.. outstation hari ni.. Sesudah subuh dia dah mulakan perjalanannya. Ita doakan semuga dia selamat sampai dan selamat pulang kembali ke teratak kami. Semuga dipermudahkan segala urusannya hari ini. Amin.


Tak mahu fikir panjang-panjang, Ita nekad nak buat mee goreng hari ni.. hehehe.. Macam ni lah.. walaupun duduk sorang.., Ita tetap malas keluar beli nasi bungkus..., rela Ita memasak di rumah. Ingat rajin ke nak keluar rumah bagai.. sekejap jer dah siap.. sedap ke tak sedap ke.. kita seorang jer yang telan.. hehehe..

Marilah Ita kongsikan apa yang Ita campak-campak dalam kuali hingga menjadikan mamat punya mee pulak..


MEE GORENG MAMAT

1/2 bungkus mee kuning
100 gm ayam - potong kecil
1 pokok sawi - potong
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun bawang
1 biji cili padi
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos cili
1/2 biji tomato
1/2 sudu udang kering
1 biji telur
3 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:

  1. Bawang putih, bawang merah, tomato, udang kering dan cili padi di kisar.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar.
  3. Masukkan sos cili, kicap pekat, garam dan gula.Kacau.
  4. Masukkan sawi dan ayam. kacau rata.
  5. Masukkan telur kacau cepat-cepat supaya telur hancur.
  6. Masukkan mee dan kacau rata.
  7. Hidangkan.
Okey dah siap pun. Jom makan..

Assalamualaikum...

Comments

Popular Posts