PUDING KACANG MERAH LAPIS JAGUNG

BERPUDING LAGI LAH KITA..

 Assalamualaikum.. apa khabar.. lunch apa ya.. apapun alhamdulillah, janji halal ya.. Yang tu penting sekali kan. Bersyukur lah dengan setiap rezeki adalah suatu cara yang terbaik sebagai tanda terima kasih kita kepada Allah snt.

Hari ini Ita berpuding lagi. Dah lama beli acuan puding ni.. masa nak beli tu tak sabar-sabar nak buat tapi bila dah beli tu..tak terbuat lah pulak. Tu lah..sikap yang tak elok kan. Bukan apa.., Ita selalu nya dahulukan permintaan suami dan anak-anak dahulu. Kalau tengok roti tak ada.. buat lah roti dulu, sebab anak nak ke sekolah senang nak breakfast. Pastu bila petang, teringat suami balik kerja tak ada apa nak disediakan. Kena buat apa yang dia suka. Terlepaslah nak buat apa yang kita suka. Sebab tu.. perbuatan yang terhasil tak seperti apa yang di rancang.

Dan hari ini bila Adam balik kul 5.00 petang rasa boleh bernafas sedikit. Ada masa, maka terjadilah angan-angan yang tak sudah ni.., menjadi sudah..hehehe..

Puding ni Ita tak lah tengok kat mana-mana buku atau mintak kat sapa-sapa. Bila tengok jagung dalam tin dan kacang merah tu.. rasa nak gandingkan dia jer.. Tapi bila jadi nampak macam gandingan mantap jer..

Mari lah Ita kongsikan resepinya ya..

PUDING KACANG MERAH LAPIS JAGUNG

Bahan-bahannya:

32 gm serbuk agar-agar
2 liter air
1 tin susu cair
1 tin jagung krim manis
1 tin kacang merah
2 helai daun pandan
3 1/2 cawan gula pasir
2 sudu tepung kastad
2 biji telur
1/2 cawan santan pekat
1 sudu kecil pandan paste
pewarna merah dan hijau


Cara-caranya:

  1. Masak air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan yang disimpul.
  2. Bila agar-agar mendidih.  Ambil 1 senduk agar-agar campurkan dengan 2 titik pewarna merah lalu masukkan kedalam acuan yang bercorak sahaja dengan menggunakan sudu. Biar beku.
  3. Ambil 700 ml agar-agar dan campurkan dengan 2/3 susu cair dan kacang merah lalu kisar hingga kacang merah hancur.
  4. Masukkan ke dalam acuan, sejukkan.
  5. Bila keras, ambil garfu cakar-cakar sedikit supaya lapisan berikutnya akan melekat elok.
  6. Ambil 500 ml agar-agar, ketepikan. 
  7. Dalam mangkuk, bancuh 2 sudu tepung kastad bersama telur dan baki susu cair tadi.
  8. Masukkan ke dalam lebihan agar-agar di dalam periuk. Masukkan jagung krim tadi.
  9. Kacau hingga pekat.
  10. Curahkan ke dalam lapisan kacang merah dan sejukkan. Bila beku, cakar dengan garfu.
  11. Adunan yang dalam mangkuk, tadi masukkan balik kedalam periuk bersih dan panaskan semula. Masukkan perisa pandan dan sedikit pewarna hijau.
  12. Bila mmendidih masukkan santan pekat kacau rata. Curahkan ke atas lapisan jagung tadi.
  13. Sejukkan. Bila keras, keluarkan dari acuan.



Okey sehingga jumpa lagi.. jangan tak cuba ya. Kawan-kawan dan adik-adik boleh lah mengubah perisa dan warna mengikut citarasa sendiri ya.

Assalamualaikum..

Selamat mencuba..

Comments

Popular Posts