REUNION

BISIKAN BAYU BEACH RESORT


Assalamualaikum.. apa khabar semua.? Semuga semuanya dalam keadaan yang baik-baik belaka ya. Lama rasa Ita tinggalkan blog ni.. rindu tak terucap..

Pada hari khamis, Ita teramat sibuk dengan persiapan juadah untuk reunion kami. Kawan-kawan Ita telah membuat keputusan untuk mengadakan reunion di Bisikan Bayu Beach Resort. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupun  ramai yang tak dapat tinggal disitu kerana hari cuti kali ini kerana ramai yang mengadakan kenduri kahwin. Namun,  yang mana tak dapat tinggal disitu sempat jugak menjengok walaupun sebentar, menjadikan majlis kami teramat meriah walaupun sederhana.

Bermula jam 3.00 petang ramai yang dah berkumpul, Ita masih tak sampai lagi kerana menghadiri jemputan kenduri kahwin rakan setugas suami. jadi Ita sampai agak lewat. Maafkan Ita, ya teman-teman.., sesuatu yang tak dapat dielakkan.

 Ini lah,.. sebahagiannya yang telah sampai awal.. bergambar bersama ahli keluarga.. berbaju merah adalah ahli reunion kami... jom kita layan dulu pic yang sempat dirakamkan oleh teman-teman Ita melalui talifon..


Manalah tak happy nya.. bukan senang nak berkumpul macam ni.. sebab masing-masing dah ada kehidupan sendiri..

Ada yang tinggal di Perlis, Johor, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Selangor dan lain-lain tempat lagi..

Acara bersembang-sembang yang menyeronokkan..



Macam-macam nak cerita ni.. ya lah.. dah berpuluh tahun tak jumpa kan..sesetengahnya..memang tak ingat langsung walaupun sekelas..

Tak lupa.. kek untuk kenang-kenangan ber imejkan lencana sekolah yang banyak memberi ilmu kepada kami..



Acara bbq..













Pada sebelah malamnya pula.. kami menerima kehadiran cikgu English kami.. Tengku Kamaruzaman.. terima kasih cikgu kerana sudi menerima undangan kami..                                                                        













Hari kedua.. sambung lagi cerita..











Sempat lagi borak-borak sebelum balik. Masing-masing seperti tak mahu berpisah aje.. mana tak nya seperti bulan jatuh ke riba rasa.. bila dapat bertemu kembali dengan teman-teman sekolah.. Rasa seperti nak pakai baju sekolah semula jer.. hehehe...


Okey sehingga jumpa lagi.. Assalamualaikum...

Comments