RICOTTA SPINACH TIEBOW

PASTA YANG SANGAT RINGKAS, SIAP DALAM MASA YANG SINGKAT..


Assalamualaikum.. selamat pagi semua. Semuga teman-teman semua dalam keadaan yang sihat walafiat. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana dapat lagi bernafas, menyedup udara kurniaanNya. Dapat menikmati rezeki yang dilimpahi Nya.. dapat berdampingan dengan orang-orang yang kita sayang. Masih lagi diberi peluang bergerak bebas di atas muka bumi Nya ini. Alhamdulillah..syukur..syukur..

Makan apa dah teman-teman pagi ini? Jangan tak makan ya.. pagi seharusnya diisi dengan makanan supaya kita bertenaga untuk melakukan tugas seharian. Jadi jangan abaikan ya..

Ita memang kelam kabut sikit pagi ni kerana tak plan nak masak apa malam tadi. Pagi ni.. risau si Adam nak sekolah tak sempat makan. Jadi bila nak cepat tu..hanya ingat pasta aje lah, jalan terbaik. Yang untungnya, anak-anak ni kalau pasta..memang mereka suka sangat. Buka kabinet dapur.. tengok sos spageti ada.. emm apa lagi.. jalan selamat buat kuah pasta..hehehe..


RICOTTA SPINACH TIEBOW

Bahan-bahannya:

500 gm pasta tiebow
1 sudu besar mentega
1.5 liter air
1 botol sos pasta bake perisa ricotta spinach
1 biji bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
150 gm brokoli hijau - potong kecil
1/2 sudu kecil garam
sedikit air (1/4 cawan)
3 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:


  1. Rebus pasta tiebow bersama air dan mentega.
  2. Bila masak, angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih.
  4. Masukkan sos pasta tadi dan kacau rata.
  5. Masukkan garam dan sedikit air.
  6. Kacau rata dan hidang bersama brokoli yang dicelur sekejap bersama pasta tiebow.


Okey dah siap.. selamat mencuba. Kawan-kawan boleh tukarkan jenis pasta ikut citarasa. Samada Fusili atau spiral, ikut kegemaran anak-anak. Suami dan anak-anak Ita sangat suka kan sebarang pasta. Memudahkan kerja Ita sebenarnya. Lagi pun pasta memang berkhasiat dan boleh diolahkan dengan pelbagai perisa seperti cendawan dan tomato.

Selamat mencuba.

Assalamualaikum...

Comments