SAMBAL UDANG

SAMBAL UDANG RINGKAS...


Assalamualaikum.. selamat malam semua. Emm.. entah kenapa terasa seperti tak cukup masa jer akhir-akhir ni. Bila solat tu.., kadang lupa solat sunat dahulu.. terkejar-kejar jer masa. Padahal waktu sekarang ni masih lagi 24 jam jugak sehari. Kadang tu Ita terfikir jugak, dulu.., nak pergi kerja masih sempat buat sarapan, jemur kain, hantar anak ke sekolah.. dan bila sampai di pejabat.. baru boleh bernafas. Tapi sekarang bila buat satu dua kerja dah pun gelap nak malam. Terfikir jugak..Ita, faktor usia kah ini. Alahai..memang Ita dah senja pun.. Ita sedar..tu..hehehehe... Seperti lirik lagu Fauziah Latiff Tua Mengejar Kita..

Lunch hari ni.. Ita masak daging goreng dan sambal udang jer. Dalam peti sejuk tu.., tengok banyak jer lagi ikan, daging, ayam, ayam kampung, udang.. rasa tak sempat habis untuk minggu ni kot. Nanti bila lama sangat tak elok pulak. Terfikir dah ni nak kena buat sesuatu ni. Kalau ayam ada banyak tu kena buat serunding ayam kut. Sabtu lepas hubby beli ayam sebab kawan-kawan Ita janji nak datang dan Ita plan nak buat nasi beriani, tapi last minute..mereka tak jadi datang sebab ada dua orang yang tak dapat hadir.. postpone ke next week lah. kalau tak cukup group tak best lah pulak..


Bila tengok udang ada banyak lagi, Ita pun fikir nak buat sambal udang lah..best jugak. lama tak makan. Lagi pun anak-anak Ita sukakan udang. cuma hubby walaupun dulu dia memang sukakan udang, Ita cuba kurangkan memasak udang bila dia ada di rumah. sebab kalau dah ada depan mata, memang dia tak boleh buat tak nampak. Mesti dia nak makan jugak, pastu bukan sikit-sikit.. Ada penyakit tapi tak boleh nak kawal makanan yang sesuai dengannya. jadi, Ita lah kena control pemakanan di rumah. Hmm..nak makan udang tunggu masa dia pergi kerja.. nasib baik tempat kerja nya jauh dari rumah, kalau tak lunch time, mesti nak balik makan kat rumah..hehehe..

Jom lah Ita kongsikan Sambal Udang versi Ita ni..

SAMBAL UDANG

500 gm udang - Ita buang kepala 
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji tomato-belah empat
2 sudu sos cili
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 susu besar kicap
4 sudu besar minyak masak
1/2 kiub pati ayam

bahan kisar:
1 biji tomato
1 biji bwang besar
3 biji bawang putih
1 biji cili merah
1 inci halia

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar.
  2. Masukkan garam, gula, kicap dan sos cili.
  3. Masukkan udang, perlahankan api. Biar hingga udang masak. Ssekali kacau.
  4. Bila udang masak, masukkan bawang besar dan tomato.
  5. sedia untuk dihidang.


Okey.. dah siap pun.. amacam.. sekejap je kan. Pesan Ita pada kawan-kawan. Dan Ita juga mahu berpesan pada diri Ita sendiri. Jangan lah kita berburuk sangka kepada orang lain terutama pada orang-orang terdekat dengan kita. Tanya lah selalu pada hati kita, adakah sangkaan kita itu berbukti. Sentiasalah berbaik sangka..

Okey sehingga jumpa lagi.

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts