SANDWICH SARDIN BERTELUR

SARAPAN PAGI YANG SANGAT RINGKAS....




Assalamualaikum.. apa khabar semua. salam Jumaat ya untuk semua. Hari jumaat, hari yang penuh barokah.. ya.. Jangan lupa lebihkan amalan hari ni ya. Baca quran.. yasin tu.. baca lah setiap kali selepas solat. Bacalah  al fatihah antara solat sunat subuh dan solat fardu. Insyaallah, murah rezekinya.. 

Hubby terpaksa ke pejabat untuk menyelesaikan tugas nya yang menimbun. Kesian pulak. Jadi selepas subuh tadi Ita terus ke dapur untuk siapkan sarapannya. Kami memang suka breakfast beramai-ramai. Rasa meriah sikit. Kebetulan Avien nak ke kelas memandu. Jadi ramai pulak yang ada agenda hari ni. Tinggal Ita dengan Adam aje.. Aduhs.. sunyi lah pulaknya.


Oleh kerana nak cepat pagi tadi malam tadi pulak Ita tidur awal. Maka tak sempat nak siapkan bahan-bahan. Jadi sebelum tidur malam tadi dah plan dah nak buat sandwich aje lah pagi ni. Alhamdulillah.. semuanya nampak elok ajer menikmatinya. Maknanya kenalah tu dengan selera mereka semua. hehehe..


SANDWICH SARDIN BERTELUR

Bahan-bahannya:

2 tin kecil sardin (Ita guna brand ayam)
2 biji telur - rebus dan lecek halus dan gaul dengan sedikit garam
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 biji cili padi - cincang halus
2 biji bawang merah - cincang halus
1/4 biji limau nipis
1 bungkus roti saiz besar -Ita guna brand gardenia
mentega secukupnya
1/2 biji timun hiris nipis
beberapa hirisan daun salad
hirisan tomato- jika suka

Cara-caranya:

  1. Roti dibuang kulit tepinya dan di potong dua samada potong empat segi atau tiga segi.
  2. Sapukan mentega pada roti. Ketepikan.
  3. Sardin dilecek hingga hancur dan masukkan bawang merah, serbuk lada putih, garam dan cili padi.
  4. Perah limau nipis dan gaul rata. Sesuaikan rasa.
  5. Ambil sekeping roti dan letakkan sardin diatasnya. Letak rata-rata dan ambil sekeping roti lagi dan letakkan diatasnya.
  6. Letak pula telur hancur tadi dan letakkan daun salad dan hirisan timun.
  7. Tutup lagi dengan lapisan roti.
  8. Ulang hingga habis.
  9. Sedia untuk dihidangkan.


Okey dah siap pun.. memang senang aje kan. Kalau nak cepat.., ni lah rasanya menu yang paling sesuai. Alhamdulillah.. habis roti satu bungkus..hehehehe..

Okey hingga jumpa lagi dilain waktu. Maafkan Ita jika ada salah dan silap ya. Assalamualaikum..

Selamat mencuba..






Comments

Popular Posts