SIAKAP 3 RASA

IKAN SIAKAP VERSI CHE TA YANG MEMUKAU  ..HE..HE..



Assalamualaikum.. selamat tengahari. Semuga kawan-kawan semua dilimpahi rezeki yang baik dan berkat. Sebagai seorang muslim, tentunya kita mahu kan yang halal dan berkat untuk mengisi perut kita anak beranak kan? Maka sentiasa lah berhati-hati dengan sumber-sumbernya supaya darah daging kita bersumberkan makanan yang berkat lagi suci. Bila setiap kunyahan kita dari bahan-bahan yang baik dan suci secara tak langsung, hati kita tidak ternoda dengan titik hitam. Apatah lagi, untuk anak-anak dan keluarga kita. Begitu juga cara menyediakan nya.., hendaklah dicuci bersih-bersih dan siram dengan air mengalir sambil berselawat ke atas junjungan besar kita nabi Muhamad s.a.w. Itulah yang dikatakan daripada sebahagian sumber keberkatan, selain dari cara kita mendapatkan makanan tersebut.

Hari ini .. Ita memang memasak lebih awal dari biasa kerana suami Ita bertugas di Kota Bharu hari ini. Tentu dia akan pulang untuk lunch di rumah. Ita tak mahu bila dia pulang, Ita tak siap lagi memasak. Ya lah,.. tentu masa yang singkat tidak mengizinkan dia untuk berlama-lama di rumah. Sebolehnya Ita tak mahu mnyusahkannya. Dan Ita tak mahu memberi alasan sibuk dan tak sempat siap lagi hidangan tengahari. Sendiri mau ingat.., mana yang lebih penting dahulu di dahulukan..

Ita tak mahu cerita panjang-panjang.. jom Ita kongsikan resepi siakap 3 rasa versi Ita ini. Jika sebelum Ita dah pernah kongsikan tapi resepi itu tak serupa dengan yang ini ya..
IKAN SIAKAP TIGA RASA
Bahan-Bahannya:

1 ekor ikan siakap - sederhana besar           
1 sudu kecil garam -disapukan pada ikan.
1 camca teh gula
3 sudu besar sos plum 
Minyak secukupnya untuk menggoreng ikan


Bahan Kisar

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1/2 biji perahan limau nipis
1 cm belacan
3 biji lada merah
1 biji tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam

Bahan hirisan

1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1 biji lada hijau - cincang halus
1 keping nenas-potong dadu
1 biji lada merah- cincang halus
5 biji tomato kecil - dibelah dua


Cara-Caranya:


1.                 Ikan yang disapu dengan garam digoreng hingga masak.
2.                 Bila masak, angkat dan ketepikan.
3.                 Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar.
4.                 Bila naik bau masukkan gula, sos plum, sos cili dan bahan-bahan hirisan tadi.
5.                 Kemudian curahkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
6.                 Sedia untuk dihidang. 



Okey dah siap ikan siakap kita.. boleh dihidangkan dengan nasi putih, tapi Ita hidangkan bersama nasi tomato, terung bercili, sambal tempe dan air jagung cincau.. spesial sikit tengahari ni,.. khas untuk suami tersayang..semuga Ita mendapat ganjaran pahala yang melimpah ruah dari Allah s.n.t..amin..

Assalamualaikum..selamat mencuba...

Comments

Popular Posts