Saturday, 7 February 2015

TAUFU FA

LAYAN SELERA ANAK-ANAK..


Assalamualaikum.. apa khabar.. selamat petang ya. Ita seperti biasa lah. Tugas ibu yang hakiki memastikan selera anak-anak terlaksana..hehehe.. Petang-petang macam ni sedap jugak kalau dihidangkan pencuci mulut yang sederhana manis kan.. Jemu dengan hidangan kuih tradisional kita beralih pulak kepada puding-puding ya. Macam tu lah.. kita sebgai ibu yang sentiasa pening dengan selera anak-anak yang kadang-kadang tak menentu..

Teringat si kakak yang suka sangat dengan taufu fa.. Ita tergerak nak membuatnya. Katanya hampir setiap hari dia beli taufu fa depan kolej dia. Bila dia berada dirumah seperti sekarang teringat Ita dengan kesukaannya ini. Biasanya melayan selera si bongsu, Adam aje.. sesekali kena juga  fikirkan selera si kakak. Nanti kecil hati pulak dia. Janganlah ada sikap diskriminasi kita terhadap anak-anak ya. Yang kecil kena hormat yang tua.. itu sentiasa Ita pesan kepada anak-anak Ita. Kakak banyak membantu dan menolong ibu dalam membesarkan adik-adik. Jangan sesekali adik-adik melupakan jasa kakaknya.

Alhamdulillah, anak Ita si Adam mendengar kata.. Bila hari ini Ita buatkan taufu fa untuk kakaknya tak pulak dia komen apa-apa.. Anda biasa buat taufu fa sendiri tak?? Ita tahu.., taufu fa senang didapati dan murah jika di bandingkan nak membuatnya. emm..well.. Ita memang suka buat sendiri, kalau senang macam ni lagi nak membuatnya. Dapat buat banyak-banyak.., simpan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk lagi sedap.

Jom Ita kongsikan resepi yang tersangat mudah ini ya..

TAUFU FA

300 gm soya - rendam 5 jam
2 liter air
2 helai daun pandan
1 sudu kecil serbuk GDL
2 1/2 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan air

Sirap/Air gula

3 senduk kecil gula
2 keping gula melaka
1.5 liter air

Cara-caranya:

  1. Soya yang telah direndam dikisar bersama 2 liter air.
  2. Tapis dengan kain muslim atau kain kasa.
  3. Masukkan dalam periuk dan simpulkan daun pandan.
  4. Sementara itu bancuh tepung jagung, serbuk GDL dan 1/4 cawan air.
  5. Bila air soya mendidih, masukkan kedalam mangkuk tahan panas.
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan kacau rata. Tutup dan biarkan 30 minit.
  7. Dalam periuk lain campur semua bahan sirap dan masak hingga gula  dan gula melaka cair.
  8. Sendukkan taufu fa dan hidang bersama sirap.

Okey.. senang aje kan..  

Sehingga jumpa lagi, In Sha Allah..

Assalamualaikum..