Tuesday, 24 February 2015

TEMBIKAI LAICI

SEJUKKAN TEKAK DIMUSIM PANAS..

 Assalamualaikum... dah makan ke belum.. jom kita minum-minum dulu.. Panas terik macam ni.. tentu dahaga teramatkan?? Ita tak terkecuali.. walaupun tak keluar rumah.. tetap terasa panas nya. Setelah berhujan-hujan.. sekarang panas pulak ya.. Emm.. kita cari cara nak sejukkan badan ya.

Terfikir Ita, untuk memulakan hidangan tengahari ini dengan jus tembikai laici. Idea ni muncul tiba-tiba jer.. bila terlihat tembikai yang baru dipetik dari ladang.. hehehe... Semalam, kawan hubby ada berikan sebiji tembikai yang ditanamnya di daerah Bachok.. Buahnya teramatlah besar, dan masih segar lagi. Emm.. Ita ni pantang tengok buah, kecur liur lah.. Ita suka sangat dengan buah-buah. Kat peti sejuk di rumah, buah adalah kemestian didalamnya. Hubby pun dah tahu..pebret Ita.. emm.. tau tak pe..

Ita gandingkan tembikai ni dengan laici.. kebetulan dapat laici banyak tin hari tu .. (bantuan banjir..). Jangan lupa.., Ita ni mangsa banjir.. 

Jadi sejuk lah tekak Ita dengan jus tembikai ni. Nak membuatnya taklah susah sangat... teramat-amat lah senangnya. Nak rajin ajer.. comfirm jadi..



Mari Ita, sharekan resepinya ya...

Jus Tembikai

2 potong tembikai - potong
1/2 tin laici-asingkan air dan buahnya
ais secukupnya

Caranya:

Kisar tembikai bersama 1 1/2 cawan air laici.
Masukkan ais ke dalam gelas.
Curahkan tembikai yang dikisar tadi.
Masukkan 3 biji laici.
Ita dapat 3 gelas air tembikai laici.

Emm.. dah siap pun. Selamat mencuba.. Boleh dihidang untuk tetamu yang berkunjung ke rumah. Sesuai sangat sebab rasanya manis-manis buah, tentunya memberi rasa yang asli.

Okey.. selamat mencuba ya.. Assalamualaikum..