Wednesday, 25 March 2015

BISKUT SAMPERIT PANDAN

TESTING BISKUT RAYA DULU..

Assalamualaikum.. hai.. apa khabar.. semuga anda semua dalam lindungan Allah. Jika masih ada kesempatan ini buatlah sesuatu atau perkara-perkara yang baik untuk kita buat bekalan ke tempat kekal nanti. Jangan lupa..tinggalkan sesuatu kenangan yang manis buat orang-orang tersayang nanti semuga kehadiran kita disukai dan ketiadaan kita nanti diingati. In Sha Allah..

Hari ini Ita nak kongsikan suatu kemestian bila tiba musim perayaan iaitu resepi biskut samperit pandan. Tak mahu dinafikan yang biskut ini adalah biskut kemestian pada sesetengah rumah, cuma bentuk dan rasanya agak berlainan mengikut citarasa penghuninya. 

Pengalaman Ita yang tinggal di banyak tempat, banyak lah cara atau rasa yang Ita temui dalam menyediakan semperit. Antaranya, kawan lama Ita yang berasal dari Kemaman, Oli menyediakan semperit yang sedap pada citarasa Ita. Semperit nya lemak-lemak susu dan kastard gitu. Sehinggakan bila Ita berpindah ke Kota Bharu.., Ita masih rindukan semperit buatan Oli ini.


Ita teringat zaman kanak-kanak Ita dulu. Masa tu..umur Ita dalam lingkungan 7 tahun. Ma (ibu) Ita sangat rajin membuat kuih atau biskut. Rumah pertama kami  dengan rumah atuk kepada ayah Ita (moyang lah kan?) adalah dekat sangat. Jadi moyang Ita tu bila tiba hari raya.., cucu-cucu dan anak menantu akan ramai berkumpul. Jadi, ma Ita yang sediakan kuih dan biskut ni sebab tetamu kami biasanya tersangat ramai yang datang berkunjung ke rumah.

Ma Ita pulak, buat biskut guna dapur arang je letak atas tudung periuk gitu. Syahdu nya bila mengingatinya kembali. Tapi ma Ita rajin.. itu memang tak dapat ditandingi.. penat-penat buat biskut sekejap jer dah habis. Tapi suka sebab tiap kali musim perayaan rumah kami memang tak putus-putus dengan saudara mara dan tetamu.

okey tak mahu berlengah lagi, jom Ita kongsikan resepinya ya.

SAMPERIT PANDAN

250 gm butter
1 biji kuning telur
270 gm tepung gandum
120 gm gula aising
150 gm tepung kastad
35 gm tepung jagung
1 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar pes pandan
2 titik pewarna hijau
100 thousand sebagai hiasan

Cara-caranya:

  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Putar gula aising dan mentega. Masukkan telur dan esen vanila.
  3. Masukkan pes pandan dan pewarna hijau, kacau rata.
  4. Masukkan gandum, tepung kastad, tepung jagung dan susu tepung dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Sediakan acuan dan alas dengan kertas minyak.
  6. Masukkan kedalam acuan dan tekan diatas loyang mengikut saiz yang dikehendaki.
  7. Bakar pada suhu 170C selama 15 minit.
  8. Sejukkan sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.
Okey selamat mencuba ya. Sebelum sediakan untuk jamuan hari raya tu.., baik cuba dahulu..sesuaikan dengan citarasa kawan-kawan dahulu ya..

 Bye.. Assalamualaikum...