Wednesday, 25 March 2015

CENCARU BAKAR BERCILI

CENCARU BAKAR BERCILI, PILIHAN KAMI SEKELUARGA..


Assalamualaikum.. apa khabar semua. semuga semuanya dalam keadaan yang sihat sejahtera. Macam mana menu malam ni ya.. masak apa kawan-kawan. Masakan kampung atau western food yang menjadi menu kawan-kawan malam ni ya.. Ita masak ringkas-ringkas aje.

Tak tahu kenapa, hari-hari yang berlalu sekarang terasa begitu cepat sekali berlalu. Sekejap jer.. dah nak masuk bulan Aril dah pun. Dalam satu hari tu.. terkejar-kejar je nak menyiapkan tugas seharian. Tak pernah-pernah nak habis. Menjadikan menjelang malam hari dan terasa kepenatan yang teramat. Kalau tak disiapkan esok menimbun-menimbun lagi. Sudahnya.., kenalah siapkan jugak.

Malam ini Ita nak kongsikan menu untuk makan malam kami sebentar tadi. Selain kari ayam kegemaran anak lelaki Ita, Ita masakkan cencaru yang dibakar bercili kegemaran suami juga. Ya.., lah terasa tak adil pulak kalau masakkan lauk kegemaran anak dan suami diabaikan.Nanti merajuk pulak..hehehe..

CENCARU BAKAR BERCILI

2 ekor ikan cencaru - disiang dibelah belakang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar cili kisar
1 senduk kecil minyak 

Cara-caranya:

  1. Ikan disiang dengan cara memotong belakangnya.
  2. bawang putih, bawang merah dan bawang besar ditumbuk lumat.
  3. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk, kacau hingga layu.
  4. Masukkan cili kisar, garam dan gula. Gaul sebati. Ketepikan.
  5. Ikan disapu dengan garam termasuk dibahagian dalamnya.
  6. Bakar ikan dengan menggunakkan pemanggang ajaib.
  7. Bila masak, buka penutup pemanggang ajaib dan bakar sekejap hingga airnya kering.
  8. Masukkan sambal goreng tadi ke dalam ikan dan lumurkan pada ikan.
  9. Bakar sekejap.
  10. Angkat dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih.
Dah siap ikan bakar bercili ya.. ringkas sangat. Jangan lupa kalau perahkan dengan limau nipis diatasnya akan menjadikan rasanya lebih enak.

Okey selamat mencuba ya..

Assalamualaikum..