DAGING GORENG BERSAMA CENDAWAN

MASAK RINGKAS-RINGKAS LAGI..

Assalamualaikum.. apa khabar teman-teman Ita pagi ni. Semuga semuanya dalam keadaan yang baik-baik hendaknya. 

Ita just nak sharekan daging masak bersama kulat tengahari semalam. Malam tadi tak sempat nak share dengan kawan-kawan. Agak busy sikit semalam.


Ramai yang kata mahu masak ringkas-ringkas. Ita setuju sangat. Kenapa ya? Mungkin situasi sekarang tak kira wanita bekerjaya atau tidak, masing-masing memang sibuk dengan tanggungjawab masing-masing. Jadi masa yang diambil untuk berada didapur kenalah singkat. sekejap jer.., hari menjelang petang berbanding dengan zaman dahulu, Ita rasa masa Ita kecil dulu, satu hari tu.., boleh buat macam-macam. Boleh sempat bermain dengan kawan-kawan. Boleh pergi mengaji quran. Malam nya boleh pulak siapkan kerja sekolah. malah masih boleh jugak tengok TV. Terkadang Ita kesian tengok Adam. Tersangat letih kehidupan sehariannya. Balik sekolah dah pukul 5 petang, pastu nak pergi qiraati lagi, malam dah penat pun kena siapkan homework lagi.

Ni tak masuk lagi bab-bab yang nak buat ulangkaji. Dia sampai teringin sangat tengok TV dan main games tapi masa tak cukup. Ita risau kalau dia jadi stress. Kesian kan..

Ehh.. panjang pulak celoteh Ita kali ini ya. Jom lah Ita kongsikan resepinya ya..

Bahan-bahannya:

400 gm daging - potong kecil
1 biji bawang besar -potong bulat
4 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
6 keping kulat kering- rebus hingga lembut
1 biji tomato-belah 4
2 sudu besar rempah
sedikit minyak untuk menggoreng
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
  1. Masukkan daging didalam kuali.Perlahankan api dan tutup kuali. Taburkan garam.
  2. Biar hingga daging masak.
  3. Masukkan minyak masak dan goreng sekejap.
  4. Masukkan kulat.
  5. Masukkan rempah, bawang besar dan bawang putih.
  6. Bila bawang layu, masukkan gula dan cili merah. Kacau.
  7. Akhir sekali masukkan tomato.
  8. Sesuaikan rasa ya..
Okey dah siap dan selamat mencuba ya.

Assalamualaikum..




Comments

Popular Posts