KESUNYIAN DUNIA

HANYALAH DI DUNIA, KALAU DI ALAM BARZAH NANTI MACAM MANA??



Assalamualaikum... selamat pagi dan salam sejahtera buat teman-teman yang ku kasihi. Tetiba Ita terasa amat sunyi walapun pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di rumah untuk menghilangkan rasa bosan ini. Tapi kesunyian tetap bertandang jauh di sudut hati. Tetiba rasa takut bila kesunyian hadir dalam diri seperti ini. Ini cuma di dunia bukan lagi di dalam kubur nanti. Tentunya tak dapat berbuat apa-apa, menanti rasa  pembalasan dengan apa  yang kita lakukan di dunia ini.

Ya Allah, terasa sangat diri ini tidak melakukkan sesuatu yang baik semasa hayat ada. Takut, ngeri, sedih dan menyesal membaluti diri setelah usia meningkat senja, baru terfikir rasa bersalah ini. Tersangat menyesal kerana tidak mengambil kesempatan sebaik mungkin untuk menjadi insan yang taat pada suruhan mu ya Allah. Ampunkanlah segala dosa-dosa ku  dengan suami ku, dengan anak-anak ku, dengan ibu bapa ku dan saudara muslim yang lain. Maafkan ke atas perlakuanku  pada orang lain secara sedar atau tidak.

Kata orang, nasib baik sekarang kembali tersedar dan kembali kepada landasan. Namun penyesalan tidak dapat ku buang jauh-jauh. Malah, terasa semakin berdosa walau semakin banyak amalan yang ku lakukan berbanding kebiasaannya. Bagaimana harus aku hapuskan rasa berdosa ini setelah umur meningkat senja. Tak mampu untuk aku tutup ya Allah. Ampuni lah aku ya Allah.

Ya Allah, jadikan lah aku seorang hamba yang beriman. Teguhkan lah imanku. Penuhi lah jiwaku dengan cahaya keimanan yang berkekalan. Biar rasa ini kekal dalam hati ku. Amin..

Comments

Popular Posts