KUETIAW LAKNA

BREAKFAST DENGAN KUEWTIAW LAKNA..

Assalamualaikum.. apa khabar semua. Harap semuanya dalam lindungan Allah s.n.t. Alhamdulillah masih lagi kita menikmati kurniaan Allah yang sempurna ini. Bersyukur sangat-sangat dengan nikmat Mu..,  ya Allah.. Ita seperti biasa.., masih meneruskan rutin harian Ita. Alhamdulillah, berjalan dengan baik dan tenang. Walaupun terkadang tu ada juga.. rasa tidak selesa. Tapi Ita kembali mengingati Nya dengan berfikir.., jika kita rasa kita di uji, Tuhan akan uji kita sekadar kemampuan kita sahaja. Dan.. hati kembali tenang bila memikirkannya. Alhamdulillah.

Kenapa Ita harus mempertikaikan setiap ujian Allah sedangkan kita telah banyak menikmati pemberiannya. Kehidupan seharian yang dikelilingi oleh anak-anak dan suami pun dah memberi kebahagiaan yang tidak ternilai jika dibandingan sedikit ujian yang diberi oleh Nya. Seboleh nya, Ita mahu sekali menjadi manusia yang tahu bersyukur dengan setiap nikmat Nya. Menjaga budi pekerti, berani mempertahankan maruah diri, tidak gentar untuk berkata benar dan patuh dengan suruhan Nya. Ita nak sangat jadi seperti itu. Itu adalah antara doa Ita setiap hari. Ya..lah.. dengan usia Ita yang dah senja tentu sahaja kita mahu yang baik-baik sahaja pada diri kita. Dan doa Ita semuga Ita tahu membezakan mana yang baik yang mana yang buruk. Ita mahu menjadi contoh yang baik pada anak-anak Ita. Biarpun Ita tak dapat mengubah orang untuk menjadi baik, cukuplah Ita dapat mengubah diri Ita menjadi lebih baik. 

Suami Ita selalu berpesan, untuk menjadi orang baik, kita harus selalu mendamping orang-orang yang baik. Suami Ita amat menitik beratkan pergaulan Ita. Sebolehnya semua kawan-kawan Ita dia mahu kenal. Dia mahu memastikan Ita bergaul dengan kawan-kawan yang membawa ke arah kebaikan untuk Ita. Dan .. alhamdulillah, Ita dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik dan boleh dijadikan kawan yang betul-betul kawan. Nasihat dari nya, selalu menjadi makanan telinga Ita setiap hari. Dulu memang Ita rimas tapi bila Ita fikirkan semula, tujuannya adalah untuk menjadikan Ita insan yang baik. Emmm.. tapi isterinya ini tak jugak baik-baik.. kadang-kadang tu degil jugak..hehehehe...



KUEWTIAW LAKNA

Bahan-bahannya:

1 peket kuewtiaw
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih -hiris
2 biji bawang merah - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
1 ikat sawi - potong
1 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
1/3 cawan air
300 gm ayam - potong
sedikit minyak untuk mengoreng

 Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Goreng  bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan ayam, perlahankan api. Tunggu hingga ayam masak.
  3. Masukkan garam, sos tiram,  gula dan kicap.
  4. Masukkan air dan tepung kanji yang dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
  5. Masukkan lobak merah dan sawi.
  6. Bila kuah pekat, curahkan ke atas kuewtiaw yang telah disiram dengan air panas.
  7. Sedia di nikmati.
Okey sehingga jumpa lagi.. doa Ita semuga kawan-kawan semua beroleh ketenagan hidup didunia dan di akhirat. Ita sayang kawan-kawan semua...

Assalamualaikum...

Comments

Popular Posts