Wednesday, 11 March 2015

KUIH BAKAR PANDAN

KUIH BAKAR PANDAN YANG RINGKAS, HIDANGAN KAMI..

 Assalamualaikum.. Selamat pagi semua. Apa khabar.. nak masak apa hari ni? Dah fikir ke untuk hidangan tengahari nanti. Ita rasa tak berapa nak sihat sikit pagi ni.. mood pun ke laut dah.. Tapi bila ingatkan si Adam balik dari sekolah nanti, kena fikir jugak nak masak apa untuk dia.

Tapi idea tak muncul2 lagi. Nak makan yang ringkas dan sedap. Apa dia ya?? 

Jangan nak fikir lagi.. kita cerita breakfast pagi ni dulu ya. Ita nak kongsikan kuih bakar pandan ni. Cepat sangat nak membuatnya. Basicnya cuma gandum dan telur..ada yang tu kat dapur boleh buat terus.. Sebab tu..Ita lebih suka guna santan kotak sebab anytime kalau nak masak yang guna santan tu.. boleh buat terus tanpa keluar rumah untuk membeli santan.

Meh Ita share kan resepi kuih bakar ya.

KUIH BAKAR PANDAN

1 Cawan tepung gandum
3 biji telur
1 cawan gula
1 sudu besar pes pandan
1/3 sudu kecil pewarna hijau
2 cawan santan
1/3 sudu kecil garam
sedikit minyak untuk disapukan pada acuan.

Cara-caranya:

  1. Dalam mangkuk adunan, satukan tepung gandum, garam, telur dan gula.
  2. Masukkan santan dan kacau dengan whisk hingga berbuih.
  3. Masukkan pewarna hijau dan pes pandan. Pukul sebati.
  4. Sapukan minyak pada acuan dan tuangkan adunan ke dalam acuan.
  5. Bakar pada suhu 170C selama 1 jam.

Okey..mudah kan?? Emm ..tak susah pun. Bahannya pun senang didapati. Rajin-rajinkan lah diri anda untuk orang-orang tersayang ya..

Assalamualaikum...