MANGGO LASI

MANGGO LASI PILIHAN KAMI TENGAHARI INI..SEDAP..




Assalamualaikum.. apa khabar kawan-kawan semua. Hidup tak selalunya indah.. ada hari-hari nya kita tetap diuji Tuhan. Tak kira kecil atau besar dugaan yang kita terima itu. Yang pasti Allah akan bagi dugaan untuk kita bersesuaian dengan kemampuan kita. Jadi.., tak perlu kita merungut dan berdengki dengan orang yang kita nampak lebih senang kehidupan dia daripada kita. Percayalah.., orang yang kita lihat senang itu pun ada juga ujian yang Allah berikan untuk dia. Bila seorang kawan bercerita dengan Ita tentang kawannya kepada Ita, itu yang Ita nasihatkan buatnya. Jangan kita bersangka buruk kepada orang lain. Kalau kita berkata sesuatu yang tak mereka buat, itu telah menjadi fitnah dan kalau betul mereka buat itu menjadi umpatan. Kan tak bagus macam tu. Begitu juga dengan Ita, Ita tak mahu peduli apa yang orang lain katakan pada Ita. Tak mahu memikirkan apa yang mereka kata kerana Ita mahu hidup tenang. Malah Ita akan berdoa agar Ita lebih patuh dengan perintah Allah. Menjadi wanita yang beriman adalah matlamat Ita. Semuga Allah permudahkan setiap apa yang Ita lakukkan dan Ita inginkan.



Jom Ita kongsikan resepinya. Oleh kerana tengahari ni Ita cuma bertiga sahaja. Ita tak buat banyak. Cukup dengan sebiji mangga Lemak. Kalau mangga mas hitam lagi manis rasanya.

MAGGO LASI

Bahan-bahannya:

1 biji mangga (Ita guna mangga lemak)
2 sudu besar madu
1/2 cawan susu cair
2 gelas ais

Cara-caranya:

  1. Semua bahan-bahan di atas dikisar hingga hancur.
  2. Masukkan ke dalam gelas dan letakkan hirisan mangga.
  3. Sedia untuk dinikmati.
Okey..senang aje kan. Kepada kawan-kawan semua. Kawan-kawan dan adik-adik bolehlah menggunakan mangga kegemaran kawan-kawan ya. 


Lebih enak jika dihidangkan dengan mee goreng atau mihun goreng. Aduhs! memang sedap. Sah-sah lepas makan terus nak tidur kekeyangan. Oppss! awas.., ya jangan tidur masa bekerja ya.


Okey selamat mencuba. In Sha Allah, Ita akan kongsikan lagi resepi-resepi yang Ita ada.

Assalamualaikum..



Comments

Popular Posts