MEE GORENG BASAH

MEE GORENG BASAH UNTUK ABANG..


Assalamualaikum.. selamat petang. Apa khabar.? Terlebih rajin lak Ita hari ni nak meng update kan blog ya.. hehehe..

Takpe.. lebih rajin takpe jangan terlebih malas.. Tengahari ni.. Ita masak ringkas-ringkas  lagi. Kalau dah tak berapa nak rajin macam tu lah. Masak pun ringkas-ringkas aje ya. Yang rajinnya cuma nak berblog jer hari ni..

Sebenarnya hubby sangat suka kan mee. Buat lah mee apa pun dia tak pernah nak menolak. Macam tu jugak kalau keluar makan kat luar. Mee juga yang jadi pilihannya. Kita ni.. kalau suami dah suka.. yang tu lah yang kita nak membuatnya. Rela kita menahan rasa untuk membuat makanan kegemaran kita. Anak-anak dan suami mesti kita dahulukan. Ya tak?

Ita rasa semua ibu-ibu pun macam tu. Sayangkan anak-anak dan suami melebihi segalanya. Kegembiraan mereka menjadi kegembiraan buat kita, kan..

Ita didapur sekarang tak lah sesukar mana kerana anak-anak sentiasa menolong Ita. Nak kupas bawang, nak menyiang ikan dan ayam semua ditolong oleh anak-anak dan suami. Jadi masa yang di ambil untuk berada didapur tidaklah lama. Sementelah lagi si kakak dan adik nya belum lagi sambung belajar. Nanti kalau dah dua-dua tiada, penat lah sikit Ita rasanya. Jadilah berdua dengan suami jer kat dapur nanti. Kalau pulak suami pergi kerja, tentu berfikir berkali-kali nak masak untuk makan Ita seorang, hehehe.. last last rendam maggie..mak!!! Tak sanggup..



Jangan lengah-lengah lagi, jom Ita kongsikan resepinya ya.

MEE GORENG BASAH

Bahan-bahannya:

1 peket mee kuning
1 peket fish ball-belah dua
1 pokok daun kucai
1 ikat sawi-potong dan bersihkan
2 biji telur
1/3 cawan kicap pekat manis
2 sudu besar sos cili
1/2 senduk minyak masak
1 kiub pati ayam
1 cawan daging - potong kecil dan rebus hingga masak
garam dan gula secukup rasa

bahan kisar:
1 biji bawang besar
1 biji tomato
4 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering

Cara-caranya:


  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar.
  2. masukkan kicap, sos cili, kiub pati ayam, garam dan gula.
  3. Kacau rata. Masukkan sawi, daging dan fish ball. Kacau.
  4. Masukkan telur dan kacau cepat-cepat biar telur hancur.
  5. Masukkan mee kuning dan gaul rata-rata.
  6. Angkat dan taburkan dengan daun kucai dan hirisan limau kasturi.



Tarra...dah siap.. cepat nya makcik Ita masak. OOo.. tentu nya..cepat sebab pembantu nya kan main ramai. sebab semuanya nak makan jadi pembantu pun ramai lah..kih..kih..kih..

Assalamualaikum.. selamat mencuba ya...

Comments

Post a Comment

Popular Posts