NASI GORENG DAGING

BREAKFAST KAMI YANG TERAMAT RINGKAS..

Assalamualaikum.. semuga semuanya dalam lindungan Allah s.n.t. Ita pagi ini masak nasi goreng lagi. Cadang mulanya nak beli nasi bungkus sahaja kat luar, tapi Ita sempat memberitahu hubby yang nasi malam tadi masih berbaki. Bukan apa, tak mahu dibuang begitu saja. membazir sangat rasanya kalau hubby terlebih dahulu membeli nasi bungkus. Dia pulak katanya tak mahu menyusahkan Ita, lantaran kesihatan Ita tak berapa baik sekarang. Dah berumur ni .. macam tu lah. Kesihatan tak menentu. Nak-nak pulak penyakit misteri..lagilah tak menentunya. Bila rasa stress tu..mula lah nak melenting tak tentu pasal..hehehehe..

Cepat-cepat beristighafar panjang-panjang. Terima kasih lah kepada suami tersayang kerana amat memahami keadaan Ita ketika dan saat ini. Pada anak-anak juga tak ketinggalan kerana sabar jer dengan sikap umi nya ini. Kepada Allah s.n.t Ita bersyukur kerana masih mampu menyedup udara untuk bernafas dibumi Nya dan diberi keizinan lagi untuk membuat amal dan ibadat buat bekalan dihari kemudian. Alhamdulillah.


Nasi goreng pagi ini memang tersangat ringkas. Malam tadi anak perempuan Ita dah siapkan tumbuk bawang merah dan bawang putih untuk Ita memasak pagi ni. Avin memang anak yang patuh dan baik. Lantas Ita dengan mudah memasak nasi goreng kerana bahan-bahan dah tersiap disediakan. Hubby pulak bila Ita dah bagi tahu nak memasak nasi goreng, ringan je tangannya memotong daging untuk digoreng.

Jomlah Ita kongsikan cara memasak nasi goreng daging ni ya.. semuga boleh dijadikan panduan sahabat-sahabat maya Ita nanti. Jom!! 


Bahan-bahannya:

1 mangkuk besar nasi
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar kicap pekat
1 ikat sawi
2 biji telur
1 kiub pati ikan bilis

Bahan tumbuk

4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji cili padi

1/2 senduk minyak untuk mengoreng

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak.
  2. Goreng bahan tumbuk hingga naik bau.
  3. Masukkan garam, kicap pekat, pati ikan bilis dan kacau rata.
  4. Masukkan sawi dan kacau rata.
  5. Masukkan telur, kacau laju-laju supaya telur masak hancur.
  6. Masukkan nasi. Kacau sebati dan sesuaikan rasa.
Okey nasinya sudah siap. Ita hidangkan bersama daging goreng dan sedikit petai jeruk. Bagi yang tak sukakan petai tu.. abaikan ya. Ita memang dari kecil dah terbiasa dengan petai. Ayah mempunyai pokok petai yang banyak di kebun. Jadi petai memang dah menjadi salah satu lauk kami. hehehehe....

Okey lah..semuga kita bersua lagi..selamat mencuba.

Assalamualaikum...

Comments