PAVLOVA

PAVLOVA YANG MANIS...

 Assalamualaikum.. selamat petang ya. Dah masak untuk makan malam ke belum.. tentunya bagi ibu-ibu yang tak bekerja atau dah pulang dari kerja.., tentu dah siap masak kan. Di rumah Ita, selalu nya  encik suami suka makan jam 7.00 malam. Tak kenyang sangat ketika hendak tidur katanya. Tapi taklah menjadi rutin kerana,.. kadang-kadang suami Ita ni jam 8.30 mlm baru sampai rumah. Tugasan yang banyak tak membolehkan dia pulang ke rumah lebih awal. Nak-nak kalau nak bercuti.. lagi lah lewatnya menjadi-jadi. Tak mengapa lah.. kita yang di rumah ni jangan lah memberi tekanan kepada nya yang bersusah payah mencari rezeki.

Sebab itu lah, suami Ita selalu menggunakan hujung minggu nya beul-betul untuk anak-anak. Hujung minggunya yang kadang-kadang pun terpaksa di korbankan jika dia terpaksa ke outstation. Kesian sangat rasanya bila hujung minggu nya dipenuhi dengan tanggung jawab kerjanya. Jadi Ita sebolehnya mahu hidangkan yang terbaik untuk dia. Agar dia sentiasa di hargai. Tapi hari ini.., Ita tak lupa nak menghargai diri Ita..hehehe.. lalu Ita melunaskan keinginan Ita untuk menikmati Pavlova yang telah lama tertunda siarannya..hehehe.. sampai dua tiga kali beli strawberry.., buatnya tak..last-last..rosak.
Nak membuatnya tak lah susah sangat, cuma nya nak memulakannya.. tu yang susah. Asyik dengan penuhi selera orang lain jer.. sampaikan selera sendiri terabai..

Jom Ita kongsikan resepinya ya..

PAVLOVA

biji putih telur
1 1/2  cawan gula halus
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 1/2 sudu kecil cuka
1 sudu kecil esen vanila

2 cawan non diary whipping cream

10 biji strawberry-belah 2
15 biji anggur hitam-belah 2
10 biji anggur hijau-belah 2

Cara-caranya:


  1. Panaskan oven.
  2. Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula sedikit demi sedikit.
  3. Putar lagi hingga bertanduk.
  4. Masukkan tepung jagung, kacau kaedah kaup balik.
  5. Masukkan esen vanila-kacau.
  6. Masukkan cuka, kacau lagi.
  7. Sediakan dulang. Alas dulang dengan kertas minyak.
  8. Lukis bentuk bulat besar sedikit dari gelas dan kecil sedikit dari piring.
  9. Terbalikan kertas minyak tadi. Curahkan adunan keatas kertas minyak mengikut saiz yang dilukis tadi.
  10. Bakar selama 10 minit dengan suhu 180C.
  11. Kemudian turunkan suhu ke 140C dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.
  12. Bila masak, buka sedikit pintu oven biar sejuk didalam oven.
  13. Dalam mangkuk, putarkan non-diary whipping cream hingga kental.
  14. sendukkan diatas pavlova tadi dan taburkan buah-buahan di atasnya.


Okey dah siap pavlova kita.. jom makan..

Sehingga jumpa lagi ya..

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts