PUDING MANGGA BERCOKLAT

MANGGA LEBIHAN..MENJADI PUDING..

 Assalamualaikum.. selamat malam buat sahabat-sahabat yang sudi bertandang ke dapur maya Ita ni. Makan apa malam ni sahabatku. Ita masak simple lagi malam ni. Ita just masak nasi goreng biasa dan daging goreng kunyit jer. Tapi malam ni.., Ita nak kongsikan desert yang Ita hidangkan untuk  keluarga Ita. Kebetulan, mangga yang dibeli beberapa hari lepas masih berbaki, takut tak sempat nak habiskan.., lalu Ita olahkannya menjadi puding dan Ita gandingkan dengan coklat custard dan whipping cream. Sedap juga.. nanti sahabat maya Ita bolehlah mencuba ya..
Mencari keserasian hidangan dengan selera keluarga memang tak mudah tapi alhamdulillah.. bagi anak-anak dan suami Ita yang tak cerewet tak menjadi masalah besar untuk Ita menyediakan apa jua hidangan buat mereka. Alhamdulillah dikurniakan Ita anak-anak dan suami yang "mudah Baso" senang kiro. 

Tak mahu bercerita panjang, mari Ita kongsikan resepinya ya.

PUDING MANGGA BERCOKLAT

Bahan A

1 biji mangga
2 1/2 cawan susu segar
1/2 cawan gula
8 gm agar agar serbuk


Bahan B

2 sudu besar tepung kastad-bancuh bersama
1/2 cawan air

400 ml air
4 gm agar-agar serbuk
1 sudu besar serbuk koko

Bahan C

1 cawan non-diary whipping cream

Cara-caranya:

  1. Bahan A kecuali agar-agar dikisar hancur.
  2. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan agar-agar. Masak hingga pekat.
  3. Curahkan ke dalam gelas puding. Biar hingga keras.
  4. Panaskan bahan-bahan B hingga pekat. Masukkan ke dalam gelas sebagai lapisan ke dua. Biar keras.
  5. Bahan C diputar hingga kental.
  6. Curahkan ke dalam gelas sebagai lapisan akhir.
  7. Hiaskan dengan ceri bertangkai.
  8. Enak dihidang ketika sejuk.
Okey .. nanti boleh lah mencuba kalau ada lebihan mangga di rumah ya. Kadang kala tu kita membeli mangga tak sempat nak habiskan. jadi kalau dibiarkan..lama-kelamaan akan terbuang begitu sahaja. Kan elok kalau dikitarkan menjadi puding. Bolehlah dihidang bersama hidangan utama sebagai desert untuk keluarga tersayang.

Sehingga jumpa lagi dilain masa, In sha Allah..

Assalamulaikum.





Comments

Popular Posts