Friday, 20 March 2015

SAYUR BAYAM BILIS

BAYAM YANG KU TANAM DAH TERTUAI AKHIRNYA..

Assalamualaikum... salam sejahtera. setelah sekian lama tak Ita updatekan blog kesayangan ini. Ya.. Bila mood kita hilang, tiada paksa dalam diri untuk melakukan tugas yang tidak ikhlas dan jujur. Namun setelah sekian lama Ita tinggalkan.., ternyata Ita amat rindukannya. Rindu berblog. Berblog.. tiada siapa yang memaksa.. tiada siapa yang menghalang. Ita bebas menyuarakan apa yang ingin Ita suarakan. Ita bebas berkongsi tanpa halangan. Tak berbayar.., anytime.., anywhere..

Pada kawan-kawan yang mengintai-intai tapi  tiada latest news tu.. sorry ya. Beberapa hari lalu.. Ita memang betul-betu tak ber mood. Betul-betul hanya mengintai nasib diri.. bermuhasabah, merenung matlamat hidup.. emm.. lebih terasa lapang didada sekarang. Alhamdulillah. Bukan tak memasak tapi bila dah masak tu.. terasa amat malas sekali untuk memegang kamera, padahal itulah alat permainan kegemaran Ita, hehehehe..

Dan hari ini ternyata Ita dah kembali ke tabiat asal. Dapat memegang kamera lagi. Nasib baik kamera Ita tak merajuk, kalau tak..sian Ita.

Ita masak ringkas-ringkas jer hari ini, tak seperti biasa. Biasanya kalau hari minggu Ita akan masak sedap-sedap sebab hubby ada,.. dan semuanya berkumpul. Tapi hubby tak ke pasar seperti biasa membeli barang basah. Kata hubby, masak yang mana ada kat peti ais ajer.. Isterinya yang patuh ini hanya mengikut saja..hehehe.. taat lah konon..hihihi.. Teringat bayam yang Ita tanam dah boleh dituai.. lantas Ita terfikir untuk memasak Sayur Lemak Bayam.

SAYUR BAYAM BILIS

1 ikat bayam-potong dan cuci
1 biji cili merah
2 keping asam gelugor
1/2 kiub pati ikan bilis
1 keping tauhu-potong
1/2 biji lobak merah- hiris bulat
1 kotak santan (200ml)
1 sudu besar garam kasar
 
Bahan kisar:

1 senduk ikan bilis
1 sudu besar lada hitam
2 biji bawang merah
1 liter air

Cara-cara:

  1. Bahan kisar dimasukkan kedalam periuk.
  2. Masak hingga mendidih. Masukkan garam, pati ikan bilis dan asam gelugor.
  3. Masukkan santan, kacau. Bila mendidih, masukkan lobak merah.
  4. Masukkan bayam, cili merah dan tauhu.
  5. Sesuaikan rasa. Angkat dan hidang bersama nasi putih.

Ini lah sayur Ita hari ini. Ita gandingkan dengan ayam goreng dan telur dadar ayam kampung. Kebetulan datuk saudara Ita berikan telur ayam kampung untuk Ita. Banyak jugak yang diberinya, alhamdulillah..bukan senang nak dapat telur ayam kampung ni, sementelah lagi kita tak membela ayam. Selalu nya macam tu lah. Bila mak saudara atau datuk saudara yang bertandang ke rumah Ita, selalunya mereka akan bawa hasil tani mereka seperti keledek, tembikai sayur dan ayam kampung. Ini lah yang seronoknya bila kembali ke tempat kelahiran setelah sekian lama berhijrah. Alhamdulillah.

Okey hingga jumpa lagi.

Assalamualaikum.