Tuesday, 10 March 2015

VICTORIAN CAKE

VICTORIAN KEK YANG MENAMBAT HATI...

Assalamualaikum.. apa khabar semua.. harap semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Lama juga Ita tinggalkan dapur maya Ita ni ya. Sibuk sikit akhir-akhir ni. Ya.. Ita sibuk dengan mencari penawar sakit Ita ni. Kadang-kadang tu.. lari sikit mood nak ke dapaur maya ni.. Tapi dapur realiti tetap kena jaga.. Tugas hakiki yang tak akan Ita tinggalkan tu..

Ramai teman-teman yang bertanyakan resepi Vitorian Cake ni.. sebab tu Ita gagahkan diri untuk mengetik- ngetik komputer ni walaupun jiwa serasa tersangat lah takde mood nya. Tapi bila jari tu .. tersentuh jer di papan kekunci komputer.. laju lah pulak celotehnya..sampai tak terfikirkan.. tak jemu kah orang menanti resepi yang tak muncul-muncul lagi ni. Bila dah lama ditinggalkan.. banyak pulak nak diceritakan ya..  Seperti berjumpa saudara-mara yang lama ditinggalkan,.. jumpa jer.. nak cerita macam-macam.

Sebelum Ita bercerita panjang berjela-jela, baik Ita hentikan segera ya.. Kek ni ia lebih padat dari kek-kek biasa.. Meh!! Ita kongsikan dengan teman-teman semua ya..



Okey jom kita buat kek dulu ya..

Bahan untuk kek

200 gm tepung naik sendiri
35 gm tepung jagung
1/3 sudu kecil garam
4 biji telur gred A
280 gm gula halus
250 gm mentega (Ita guna Butter Cup)
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya:

  1. Pnaskan oven 170C.
  2. Alas kertas pada acuan bulat saiz 8" dan sapu mentega disekeilingnya.
  3. Ayak tepung gandum dan tepung jagung serta garam sebanyak 3 kali.
  4. Dalam mangkuk, putar mentega dan gula hingga kembang.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi.
  6. Masukkan gandum sedikit demi sedikit dan putar perlahan hingga gandum habis.
  7. Curahkan ke dalam acuan dan bakar selama 30 minit.
  8. Bila masak sejukkan sebelum dipotong dua seperti dibawah.




Bahan cream dan buah

2 cawan non-diary whipping cream
12 biji strawberry
6 biji cherry segar
1 biji kiwi
1 mangkuk rasberry filling

Caranya:

Putar non-diary whipping cream hingga kembang dan kental.
sapukan pada lapisan dasar atau lapisan bawah.


 Kemudian letakkan rasberry filling.. dah nampak sedap tu..

Kemudian ambik lapisan satu lagi letakkan diatasnya..

 Letakkan aising tadi ..

 Kemudian curahkan rasberry filling dan susun buah-buah mengikut citarasa..

Okey sudah siap untuk di hidangkan. Cantikkan... belum rasa lagi tu. Memang sedap tau! Rasa buah-buahnya yang segar disulami dengan kek dan aisingnya.. aduhs!! Dah tak dengar cakap dah..

Baik cuba sekarang...


Bye Assalamualaikum...