AGAR-AGAR PANDAN BERSANTAN

AGAR-AGAR PANDAN BERSANTAN, DESSERT UNTUK MALAM NANTI..

Assalamualaikum... Selamat petang semua ya kawan-kawan. Petang ni Ita dah siap kan dessert untuk makan malam nanti. Setiap hari fikir jer nak masak apa yang disukai suami dan anak-anak. Kadang-kadang buntu jugak nak memenuhi selera mereka walaupun mereka tak pernah merungut tapi Ita rasa tak mahu sesuatu yang menjemukan. Kalau yang Ita buat dapat menyenangkan atau mengembirakan hati mereka, alhamdulillah.., suka sangat sangat Ita bila air tangan Ita menepati selera mereka.

Petang ni Ita dah siap awal-awal, agar nanti kami boleh makan awal sedikit. Hubby suka makan awal kerana tak mahu kekeyangan ketika hendak tidur katanya. Ita ikut jer lah. Dah itu keselesaan untuk dia. Buah tembikai pun dah potong siap dan letak dalam peti ais. Cuma air yang belum dibancuh lagi. yang tu tak pe, sambil nak hidang nasi pun anak perempuan boleh siapkan. Kalau makan malam awal, Ita pun suka juga sebenarnya kerana boleh lah Ita rehat awal. Baca buku-buku kegemaran sikit-sikit sementara menunggu waktu Isyak. Dan lepas Isyak.. boleh baring awal-awal. Kalau rajin boleh bangun lagi sepertiga malam..

Jom lah Ita  kongsikan menu dessert Ita ni.. simple sangat-sangat. Pejam sebelah mata pun boleh buat.


 AGAR-AGAR PANDAN BERSANTAN

Bahan-bahannya:

10 gm agar-agar
2 helai daun pandan
1 sudu besar pes pandan
beberapa titik pewarna hijau-jika suka
2 cawan gula pasir
1 mangkuk kelapa parut 
5 biji telur

Cara-caranya:


  1. Masak agar-agar bersama air dan daun pandan yang disimpulkan.
  2. Masukkan gula  dan biarkan mendidih dan gula larut.
  3. Sementara itu, kelapa dan telur dicampur dan ramas-ramas.
  4. Perahkan kelapa dan tapiskan santannya.
  5. Bila agar-agar tadi mendidih, masukkan pewarna hijau dan pes pandan. Kacau.
  6. Masukkan santan yang di tapis bersama telur tadi.
  7. Kacau perlahan dan masukkan ke dalam acuan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
  8. Sejukkan hingga keras.

Eemm, sekejap jer kan..sedap rasa lemak-lemak pandan gitu.. kalau ahli keluarga tak ramai.., boleh lah dihidangkan didalam gelas sundae dan hiaskan dengan ceri merah.

Selamat mencuba...

Assalamualaikum..




Comments

Popular Posts