Friday, 3 April 2015

AKOK LAPIS BAHULU

SAHABAT KARIB SEJAK DAHULU..


Assalamualaikum.. salam sejahtera untuk semua.. apa khabar di hari minggu ni. Sihat kah semua.? Ada masa free boleh lah mencuba-cuba resepi baru ya. Ita pulak dah berhari-hari buat akok lapis bahulu ni, hari ni..baru berkesempatan untuk mengupdate nya.



Ita terasa nak makan akok dan bahulu, dan tiba-tiba rasa nak lapiskan dua-dua nya agar keduanya dapat dinikmati dalam masa yang sama. emm.. jom kita share resepinya ya.



AKOK


8 biji telur
5 keping gula melaka (230 gm)
150 ml air
300 ml santan
50 gm gandum

Cara-caranya:



  1. air dan gula melaka dimasak hingga hancur. Ketepikan.
  2. Masukkan santan dan biar suam.
  3. Masukkan telur dan gandum, kacau sebati. Ketepikan.
BAHULU

5 biji telur
250 gm gula
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil ovalette
200 gm gandum
pewarna yang digemari
shortening untuk disapukan pada acuan

Cara-caranya:

  1. Putar telur, gula, esen vanila dan ovellete hingga kembang.
  2. Masukkan gandum sedikit demi sedikit dan putar perlahan-lahan.
  3. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warna kan mengikut kesukaan.
  4. Sapukan shortening pada acuan dan masukkan separuh acuan adunan akok. 
  5. Kemudian sendukan adunan bahulu diatas nya. Adunan bahuli tidak akan tenggelam ya.., sebab ia ringgan. Ia akan terletak cantik secara semulajadi. So jangan risau ya..
  6. Bakar dengan suhu 170C selama 15 minit atau hingga masak.
Kan mudah aje kan. Bolehlah mencuba ya. Mana tahu buah hati suka dengan hidangan kawan-kawan ini nanti. Selamat mencuba ya.





Okey.. jangan tak cuba tau... Buat kawan-kawan semua, Ita doakan semuga kawan-kawan murah rezeki, panjang umur dan menjadi hamba Nya yang beriman. Doakan Ita juga ya..

Assalamualaikum..