Monday, 13 April 2015

CHEESE CAKE

CHEESE KEK YANG ENAK...


 Assalamualaikum... salam sejahtera dan selamat petang buat teman-teman semua. Petang ini Ita hidangkan cheese kek buat anak-anak dan suami. Sesuai dengan waktu petang menunggu makan malam.. Ita hidangkan sepotong cheese kek setiap orang. Nampaknya, terpejam mata sekejap dengan nikmat dan rasa oleh sepotong cheese cake air tangan Ita, hihihihi...

Ada yang belum mencuba resepi cheese cake ? Ita rasa, ramai yang mengemari cheese, jadinya cheese cake tentu sedapkan. Adam, anak lelaki bongsu Ita, tak terkecuali lah.. memang cheese cake kegemarannya. Tak perlu nak menjemput untuk makan cheese cake, memang tak bersuruh mengambil kek dalam peti ais, kalau dia tahu ada kek dalam peti ais.


Alhamdulillah..bila dah siap buat kek ni.. kejap jer nak habis. Tak boleh nak simpan ke esokkannya nampak gayanya ni..  
Bila hubby juga mengatakan kek ni sedap, Ita apalagi..alhamdulillah.. kena dengan selera dia. Rasa cheese yang di gabungkan dengan non diary whipping cream.., memang sedap.

Jom Ita sharekan resepinya:


CHEESE CAKE LAYER

Bahan-bahannya:

60 gm tepung jagung
110 gm tepung how kuew (yg buat kuih tako tu)
1 sudu kecil serbuk penaik
4 biji telur
50 ml air ais
1 sudu kecil esen vanila
120 gm gula halus
1 sudu besar ovallette
80 gm mentega cair

Cara menbuatnya:

  1. Panaskan oven. Sapu acuan dengan kertas minyak dan sapu mentega.
  2. Ayak tepung jagung, tepung how kuew dan serbuk penaik.
  3. Campurkan telur, adunan tepung,  esen vanila, ovallete dan gula halus. Putar sebati.
  4. Masukkan air dan putar hingga kembang.
  5. Masukkan mentega cair dan pukul lagi.
  6. Masukkan  ke dalam acuan dan bakar selama 45 minit dengan suhu 150C.
  7. Bila masak, sejukkan. Bila sejuk, potong kek kepada 3 lapisan.
CREAM CHEESE

Bahan-bahannya:
250 gm cream cheese (Ita guna brand Tatura)
130 gm susu pekat manis
70 gm non-diary whipping cream

Cara: Putar semua bahan hingga kembang.
Sapukan pada setiap lapisan kek dan sekeliling kek.

100 gm cheddar cheese di parut dan ditaburkan sekeliling kek. 

Biarkan dalam peti ais seketika sebelum dipotong. 


Okey dah siap cheese cake layer kita. Kawan-kawan boleh mencuba ya. Cara membuat nya yang sangat simple dan tidak merumitkan. Tiada alasan lagi nak membuatnya ya..hehehe..

Selamat mencuba.

Assalamualaikum..