CUCUR BAWANG

MAKAN TAK LALU.. TIDUR TAK LENA...



Salam sejahtera,.. entah kenapa lah beberapa hari ni, selera makan berkurangan jer.. tengok anak-anak makan bertambah-tambah.. maknya pulak yang hilang selera makan.  Paling menyedihkan, perut rasa lapar tapi nak makan tak ada selera.

Pagi ni setelah menghidangkan nasi kari untuk adik Ita yang mula bertugas di hospital Kota Bharu dan untuk Adam Ita sediakan roti canai kuah kari. Ita terfikir nak buat cucur udang aje untuk Ita dan suami yang tak ade selera nak makan ni. lalu Ita pun kacau-kacaulah gandum dan telur serta bawang besar.

Mudah-mudahan  ada tenaga sedikit untuk sang suami nak buat kerja nanti. Petang nanti Ita akan masak pulut pebret hubby lak. Dia kalau ngan pulut tu memang serasi sangat lah. Tak dengar kata doh.., orang Kelantan cakap. Hehehe..

Jom Ita kongsikan cucur bawang simple Ita pagi ni..


CUCUR BAWANG

2 cawan gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji cili merah - cincang halus
1 tangkai daun sup - cincang halus
garam secukup nya ( Ita letak 1 1/2 sudu kecil)
Minyak untuk menggoreng

Caranya:

  1. Campur semua bahan dan kacau guna whisk. Adunan jangan lah terlalu cair dan jangan jugak terlalu keras.
  2. Panaskan minyak, sudukan adunan ke dalam minyak panas dan goreng hingga warna keemasan atau hingga  masak.
  3. Boleh dihidang terus atau hidang bersama sos cili.




Okey dah siap cucur bawang kita ya. sekejap sangat. Memang mudah, cepat dan sedap. Boleh juga kalau dihidangkan untuk minum petang. Kalau lapar dan malas keluar rumah, ini  lah hidangan minum-minum Ita di rumah. Musim-musim panas macam ni, Ita memang tak keluar rumah kalau tak ada kerja-kerja yang mustahak.

Sebab tu, kalau boleh tanam apa-apa tepi rumah tu, baik tanam lah. Macam daun sup, daun kucai, sawi dan sayur lain Ita lebih suka tanam sendiri. Mintak tolong hubby buat teduhan supaya tanaman tak layu ketika musim panas macam ni. 

Sesetengah tempat memang kemarau dan tak ada air pulak kan. Ita bernasib baik kerana menggunakan air telaga dan mencukupi untuk keluarga kami yang sederhana. Dapat siram tanaman di halaman dan kegunaan harian. Alhamdulillah.

Okey hingga jumpa lagi lain masa.

Assalamualaikum.

Comments