Saturday, 25 April 2015

GORENG KUBIS BERSAMA SOTONG

MASAK RINGKAS-RINGKAS ALA KAMPUNG..





Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama pulak rasa Ita tak mengupdatekan blog. Bukan apa, bukan tak masak, bukan malas nak updsate, bukan jugak malas nak menaip, tetapi... masakan yang Ita masak dah dikongsikan dalam blog dapur maya Ita sebelum ni. Nak update lagi takut kawan-kawan dah jemu pulakkan.

Tapi hari ni walau masak ringkas-ringkas pun Ita nak update jugak sebab tak mahu hampakan kawan-kawan yang datang bertandang ke blog Ita. Takpe lah, kalau dah biasa buat masakan Ita yang Ita kongsikan ini, sekurang-kurangnya kawan-kawan boleh kongsi celoteh Ita hari ni kan..hehehe..

Sebetulnya ini adalah masakan semalam tapi Ita tak sempat nak update kan malam tadi. Bila line internet slow, emm..semangat kita pun ikut slow jugaklah..hihihi..

Ita cuma masak kobis goreng bersotong dan ikan selar kuning goreng kunyit. Bila lama tak makan, sedap pulak. Ikan selar kuning ni kalau goreng kunyit tak boleh sikit-sikit. Nak kena goreng setengah kilo baru puashati makan. Memang sedap betul.

Jom Ita kongsikan resepinya ya.

KUBIS GORENG BERSOTONG

Bahan-bahannya:

1/4 biji kobis- potong
5 ekor sotong - hiris
1 biji cili merah -hiris
3 biji bawang merah - hiris
3 biji bawang putih - hiris
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris bulat
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

Caranya:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan kicap dan sos tiram,kiub pati ayam, garam dan gula.
  3. Masukkan sotong, perlahankan api, tunggu hingga sotong masak.
  4. Masukkan kobis, cili merah dan bawang besar.
  5. Kacau dan jangan kobis sampai layu.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
Okey dah siap goreng kobis kita. Untuk pes kunyit ikan goreng pulak:

Ikan Goreng kunyit

Bahan-bahan:

8 ekor ikan selar kuning
2 inci kunyit
4 biji bawang putih
1 sudu kecil garam

Caranya:

Kunyit, bawang putih dan garam ditumbuk bersama hingga lumat. Bila siap tumbuk, sapukan pada ikan dan perapkan sekejap sebelum digoreng. Goreng dengan api sederhana dan jangan sampai terlalu garing.

Okey, gandingan mantap, ikan goreng kunyit dam sayur goreng sotong. Aduhs! bertambah-tambah makan nasi hari ni. nak-nak kalau bawa bekal pergi kebun durian, makan pulak kat tepi sungai, mak aaii... memang best sangat.

Bye, selamat mencuba.

Assalamualaikum...