GULAI IKAN KERING

KAN DAH CAKAP.. MEMANG HARI-HARI LAH MASAKAN MANGGA..



Assalamualaikum.. salam sejahtera untuk kawan-kawan semua ya... Mentang-mentang lah mangga dekat halaman lebat berbuah. Harus.. hari-hari nak kena ada hidangan mangga. Hehehe... Tak sabar nak bagi besar sikit nak sedekah jer pada mana yang nak. Lebat sangat, rezeki Allah bagi tahun ni. Nak suruh kongsi dengan saudara lain tu..

Rasa nak buat jer masakan yang menggunakan mangga, bila musim mangga macam ni. Biasa ma Ita, dia akan buat jeruk, jeruk yang air gula direbus dahulu bersama cili kisar tu. Ma letakkan gula melaka dan buat banyak-banyak. Memang menjadi kesukaan adik beradik Ita lah. Bila ingatkan mangga epal di halaman Ita lebat berbuah, lantas Ita teringatkan ma. Emm..nampaknya kena balik kampung jumpa ma sekejap ni untuk melepaskan rasa rindu pada ma.. 





Ita hari ni nak masak hindangan mangga lagi. Resepi pilihan Ita ialah Gulai Ikan kering yang diletakkan mangga. Aduhs!! sedapnya bila rasa masam-masam sedikit. Kebetulan, kawan hubby yang berikan ikan kering cencaru yang besar. Ita dan guna separuh hari tu. Hari tu , Ita masak gulai ikan kering bersama  nenas, tapi hari ni nak masak bersama mangga pulak.

Jom, Ita kongsikan resepinya. 

GULAI IKAN KERING BERSAMA MANGGA

1 biji mangga-kupas kulit dan potong-potong
2 keping asam keping
1 biji cili merah
garam dan gula secukup rasa
200 ml santan pekat
800 ml air

Bahan kisar:
3 biji bawang merah
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
4 biji cili kering

Caranya:

  1. Masukkan bahan kisar, air, asam keping dan santan ke dalam periuk.
  2. Panaskan diatas api yang sederhana.
  3. Masukkan mangga.
  4. Bila mendidih masukkan ikan kering. Kacau perlahan-lahan jangan henti.
  5. Masukkan cili merah dan gula.
  6. Sesuaikan rasa dahulu, kerana kuah mungkin dah masin kerana ikan kering yang masin.
  7. Jika perlu bolehlah ditambah garam.
  8. Siap untuk dihidang.

OO.. okey dah siap. hidang bersama nasi putih ya. Gandingan yang Ita buat ialah, cendawan goreng sos tiram bersama lobak merah. Emm.. sedap.

Okey hingga jumpa lagi.

Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts