HOKKAIDO CUPCAKES

LAYAN DULU SELERA ANAK-ANAK..


 Assalamualaikum.. selamat pagi teman-teman maya Ita. Dah siap kah kerja rumah. Ita rehat-rehat jer.. dengan keadaan hari ni yang tak berapa nak sihat, semua kerja rumah Ita serahkan dekat anak. Hehehe.., nasib baik, anak-anak murah hati nak menolong umi nya. Alhamdulillah.. syukur pada Allah dikurniakan Allah anak-anak yang memahami keadaan umi nya.

Ita tengok-tengok kan jer, kalau rasa tak berkenan dihati tu, terus minta tolong anak buatkan. Sementara mereka ada di rumah, Ita masih lagi boleh berehat dengan sempurna. urusan mengambil Adam disekolah pun anak perempuan yang uruskan. Nanti bila mereka sambung belajar, risau jugak Ita memikirkan. Terpaksa nak kena upah orang untuk mengambil Adam dari sekolah. Oleh kerana jarak dari rumah ke sekolah agak jauh.., tu yang memeningkan Ita sekarang. Sekolah Adam, bersebelahan dengan office Ita. Adam pulak tak mahu bertukar sekolah ke sekolah dekat dengan rumah Ita sekarang. Kesian juga Ita, kerana dia amat sayangkan kawan-kawannya dan guru-gurunya di situ.

Ita tak nafikan, guru-guru kat sekolah Adam.. rata-ratanya amat baik baik sekali. Risau jika bertukar sekolah nanti, Adam tak dapat menyesuaikan diri di sekolah barunya.

Malam tadi Ita telah menyediakan Hokkaido cupcakes. Ita buat tak banyak. Just, untuk makan pagi ini sahaja. Ikut selera anak-anak, sebab anak-anak Ita suka kan cupcakes ni. Hubby pulak sampai tiga biji boleh dia habiskan. Ita gunakan cups yang besar kali ini. Ingatkan satu biji sudah cukup kenyang. Rasa cream nya yang sedap, menjadikan tak cukup dengan sebiji. hehehehe...

Meh!! Ita kongsikan resepinya ya..

HOKKAIDO CUP CAKES..

A
4 biji kuning telur
50 ml minyak masak
50 ml susu cair
35 gm gula halus
20 gm tepung kastad
55 gm tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder

B
4 biji putih telur
70 gm gula halus
1/2 sudu kecil esen vanila
secubit garam

Caranya:

  1. Panaskan oven 170C.
  2. Ayak tepung kastad, baking powder dan tepung naik sendiri. Ita ayak 3 kali.
  3. Kuning telur di pukul dengan gula hingga sebati.
  4. Masukkan susu cair dan minyak dan kacau.
  5. Masukkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau guna whisk.
  6. Dalam mangkuk lain, putar putih telur (bahan B), garam dan esen vanila hingga berbuih.
  7. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar hingga bertanduk.
  8. Ambil separuh adunan putih telur dan masukkan kedalam adunan tepung tadi dan kacau guna kaedah kaup balik.
  9. Kacau rata.
  10. Masukkan baki adunan putih telur dan kacau lagi hingga sebati.
  11. Masukkan ke dalam cup dan bakar selama 25 minit dengan suhu 170C.
Untuk membuat Cream kastad:

1 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu beser tepung jagung
1 biji telur
1 1/2 sudu besar mentega
200 ml susu cair
sedikit esen vanila

Cara: Gaul semua dan pukul dengan whisk hingga sebati.
Tutupkan dengan plastic wrapping dan masukkan dalam oven.
Lebih kurang 1 minit angkat keluar, kacau. Tutup balik dan masukkan semula dalam oven. Ulang hingga 3 kali atau cream menjadi pekat. Masukkan dalam piping beg.









Sedia untuk diletakkan diatas kek hokkaido tadi.

Okey dah siap, cupcakes kita. Emmm.. memang sedap tau!!

Jumpa lagi.

Assalamualaikum.....




Comments

Popular Posts