KEK GULUNG BLUEBERRY

DEMI MU.., WAHAI ANAK..

 Assalamualaikum... salam sejahtera untuk semua. Semuga kawan-kawan semuanya dalam lindungan Allah s.n.t.

Tak banyak cerita yang nak dikongsikan dengan kawan-kawan pagi ini. Sekadar mahu kongsikan resepi kek gulung kegilaan si Adam, si bongsu Ita.

Adam amat gemarkan kek gulung. Dengan kesukaannya dengan kek gulung ini, menjadikan Ita mahu mencuba untuk membuatnya. Ya.. bila nak buat baik ni.., memang banyak dugaannya. Beberapa kali buat memang susah nak jadi, malah frust tersangat-sangat. Hinggakan hampir berputus asa Ita. Part yang nak menggulung tu yang sedihnya. Gulung je.., patah.. gulung jer.. patah. Aduh! sadis betul lah.

Last-last, berjaya jugak akhirnya. Seperti janji Allah kepada hamba Nya. Setiap usaha akan membuatkan hasil juga akhirnya. Cuma lambat atau cepat jer, hihihihi...


 Jom Ita sharekan resepinya dengan anda ya.

KEK GULUNG RASBERRY

Bahan-bahannya:

3 biji kuning telur
3 biji putih telur
secubit cream of tartar
80 gm gula halus
40 ml minyak jagung
50 ml air
90 gm gandum
2 sudu besar gula halus
1 suku kecil esen vanila
1/3 cawan rasberry filling

Cara-caranya:


  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Putih telur, cream of tartar dan 2 sudu besar gula halus diputar hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk lain, putar kuning telur bersama 80 gm gula halus hingga kembang. 
  4. Masukkan air, minyak dan esen vanila dan putar lagi.
  5. Masukkan tepung gandum dan putar lagi hingga warna menjadi cream.
  6. Masukkan separuh putih telur tadi dan kacau kaedah kaup balik.
  7. Kacau sebati.
  8. Masukkan baki adunan putih telur dan kacau lagi hingga sebati.
  9. Alaskan dulang dengan kertas minyak dan sapukan mentega.
  10. Ambil 2 sudu adunan dan warnakan dengan warna hitam, kuning dan merah.
  11. Ambil warna hitam, lukiskan bentuk angry bird. 
  12. Letakkanwarna kuning dan merah pada lukisan angry bird tadi.
  13. Bakar selama 3 minit.
  14. Tuang baki adunan tadi dan ratakan.
  15. Bakar selama 25 minit dengan suhu 160C.
  16. Bila masak angkat dan sapukan dengan jem rasberry dan gulung perlahan-lahan.
  17. Bila sejuk, boleh dipotong dan dihidangkan.



Alhamdulillah.. dah siap kek gulung kita ya. Ita sengaja mencorakkan kartun angry bird untuk mengembirakan Adam. Kek gulung memang kesukaannya, di lukiskan pula dengan corak kartun kegemarannya, bertambah-tambah lah ke happy an nya..hehehe..

Okey..hingga jumpa lagi. Selamat mencuba ya.

Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts